SJ-14-0153: ulaskan tentang hadis dipisah kan tempat tidur.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0153: ulaskan tentang hadis dipisah kan tempat tidur.

:salam

ana ingin mengetahui tentang hadis tentang pisahkan tempat tidur kanak2.

adkh tidak boleh adik lelaki dan perempuan tidur sekatil? bagaimana jika salah seorang adik itu tidur di bawah, didalam bilik yg sama?ap hikmahnya suruhan nabi suruh melakukan sedemikian rupa?

SJ-14-0153: ulaskan tentang hadis dipisah kan tempat tidur.

Bismillahi wal hamdulillah,

Al-Jawab :

Hadis Rasulullah saw yang menyuruh dipisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan ialah sepertimana di bawah :

ãÑæÇ ÃæáÇÏßã ÈÇáÕáÇÉ áÓÈÚ¡ æÇÖÑÈæåã ÚáíåÇ áÚÔÑ æÝÑÞæÇ Èíäåã Ýí ÇáãÖÇÌÚ

“Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan)solat pada umur 7 tahun.Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.”

(HR Imam Ahmad , Abu Daud dan al-Hakim)

Hadis ini jelas menyuruh kita agar memisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan apabila mereka berusia 10 tahun.

Ini kerana , pada masa itu kebanyakkan daripada anak perempuan telah pun mencapai usia baligh.Apabila ini berlaku , dibimbangi perbuatan atau perkara-perkara keji yang diilhamkan oleh syaitan akan berlaku antara mereka.

Kanak-kanak diperingkat ini juga mula beralih kepada alam remaja yang mana pada masa tersebut terlalu banyak perkara-perkara baru yang ingin mereka cuba lakukan dan alaminya sendiri.

Apa pun , antara hikmat terbesar suruhan Rasulullah saw itu ialah , untuk menghindari daripada mereka terjebak dalam melakukan perkara-perkara mungkar yang dilarang dalam Islam seperti sumbang mahram dan sebagainya.

Pemisahan tempat tidur itu juga mestilah dilakukan pada katil dan juga bilik.Ini kerana , tidak ada gunanya memisahkan katil / tempat tidur tetapi masih dalam bilik yang sama.Perbuatan mungkar tetap akan berlaku , lebih-lebih lagi jika dalam bilik tersebut hanya terdapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan….wal ‘Iyazubillah

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com