SJ-14-0177 : MAKSUD DZU-INTIQAM

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0177 : MAKSUD DZU-INTIQAM

:salam

di dalam al-quran ada sepotong ayat [wallahu azizun dzun tiqam]....secara harfi ini bermaksud dan allah itu mulia lagi [mempunyai revenge]

ingin dijelaskan revenge adalah balas dendam, bukan berdendam...

apakah maksud dzu-intiqam....adakah ia juga sifat Allah? yakni Allah itu Muntaqim?

SJ-14-0177 : MAKSUD DZU-INTIQAM

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Maksud Zhu intiqam didalam al-Quran boleh di lihat didalam konteks ayat tersebut, misalnya :-

ãöäú ÞóÈúáõ åõÏðì áöáäøóÇÓö æóÃóäúÒóáó ÇáúÝõÑúÞóÇäó Åöäøó ÇáøóÐöíäó ßóÝóÑõæÇ ÈöÂíóÇÊö Çááøóåö áóåõãú ÚóÐóÇÈñ ÔóÏöíÏñ æóÇááøóåõ ÚóÒöíÒñ Ðõæ ÇäúÊöÞóÇãò
dir="ltr"> “Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)”. [Surah - Aal Imran : 4]

Didalam tafsir Tabari ada menyebut : “Allah akan membalas (revengeful) dendam kepada sesiapa yang kufur dengan ayat-ayatnya selepas mereka diberi pengetahuan mengenainya, atau pengetahuan yang keluar darinya”

Tafsir Jalalain menjelaskan bahawa “azab yang amat pedih diberikan kepada mereka yang ingkar, yang tidak boleh berpegang kepada satu”. Begitu juga dengan Imam Ibn Kathir menyebut akan balasan allah kepada “sesiapa yang ingkar akan ayat-ayat Allah dengan Rasulnya yang mulia”.

Keseua tafsir ini menyetakan maksud Zhu intiqam didalam ayat ini membawa maksud Allah swt akan membalas dengan azab yang pedih kepada mereka yang ingkar dengan yang telah diturunkan oleh Allah swt.

Didalam al-Mu’jam al-mufahras, (Jilid 8,ms.361-363) adalam menyebut bahawa Zhu Intiqam merupakan salah satu dari 127 Asmaul Husna yang terdapat didalam al-Quran. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين