SJ-15-0009 : KALAU FURU' MENGAPA NAK BIDAH?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0009 : KALAU FURU' MENGAPA NAK BIDAH?

Salam,

Ana x dapat menjawab soalan kawan ana apabila dia menyatakan isu yg ditimbulkan oleh Dr Asri dlm bukunya (Bidah Hasanah istilah yg disalahfahami), adalah isu furu' spt lafaz niat, ucapan wabarakatuh selepas salam dan talqin. jika furu' maka seharusnya kita bertolak ansur dan tidak membidahkan satu sama lain. Spt kes solat tarawih, diterima pendapat samda 8 atau 20 atau 36 rakaat. Jadi, isu furu' yg lain juga sepatutnya terbuka juga.ia khilaf.

Ana pening. tolonglah selesaikan kekusutan ini.

ALLAHUMMANSURNA

SJ-15-0009 : KALAU FURU' MENGAPA NAK BIDAH?

:wassalam

al-Jawab:

Antara masalah utama bila membaca buku ialah kefahaman. Cara terbaik ialah berjumpa dgn pengarang asalnya untuk penjelasan lanjutan kebetulan pengarangnya masih hidup, muda dan masih berkarya.

Bid'ah Hasanah atau inovasi yg baik adalah istilah yang ujud dalam madzhab Syafi'iy dan popular di Nusantara telah bertukar menjadi pintu untuk menghalalkan pelbagai inovasi dalam beribadah.

SS DR MAZA adalah antara ilmuan yang cuba menjelaskan kekeliruan seputar kalimah " bid'ah hasanah' dan beliau bukanlah orang yg pertama cuba berbuat demikian. Bahkan ia pertama kali dicetuskan oleh al-Imam Syatibi (al-I'tisam, 1/188, Beirut: Darul Ma'rifat), juga Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, (Iqtidhaa' siratal Mustaqiim/270, Beirut:Darul Ma'rifat). Rumusannya, istilah bid'ah hasanah adalah sebenarnya misleading atau telah disalahgunakan. Yang benar istilah bid'ah hasanah itu bersifat lughawiyat (aspek bahasa atau etimologis) dan ia kembali kepada maksud asal yakni sebagai fardhu kifayah. Cth: pengumpulan AQ ke dalam satu musyhaf dan meletak baris dan tanda waqaf. Dalam madzhab Syafi'iy ia dinamakan projek bid'ah Hasanah atau bid'ah wajibah, manakala maksud sebenarnya ialah projek fardhu kifayah.

Jadi dalam Islam, istilah bid'ah hasanah sepatutnya difahami sebagai istilah lughawi sahaja bukan hakikatnya. Ini kerana istilah ini adalah misleading dan boleh mengelirukan. Kita semua kena ambil maksud sebenar bid'ah dalam hadith nabawi, yakni " setiap bid'ah adalah sesat" maksudnya bid'ah yang patutnya kita tumpukan ialah sesuatu yang benar-benar baru dan menyesatkan dalam ritual ibadah kita. Ini dinamakan bid'ah dari sudut peristilahan atau terminologis.

Baik, sekarang mari kita lihat apa yang dibangkitkan dan didakwa mengelirukan:

a. Talaffudz Niat atau melafadzkan kalimah2 niat ketika berniat sebelum memulakan ibadah.
Pendokong madzhab syafi'iy mendakwa ia adalah bid'ah Hasanah atau bid'ah yg baik kerana ia memudahkan seseorang berniat. Jika kita ambil maksud secara terminologi, apakah penciptaan metod lafaz niat ini suatu fardhu kifayah yg amat diperlukan oleh umat Islam, apakah tanpa lafadz ini, seseorang akan menghadapi kesulitan dlm berniat?
Setelah sekian lama talaffudz niat ini diamalkan, kita semua dapati, ia menyulitkan dan hanya membebankan sahaja, maka ia bukan lagi suatu fardhu kifayah atau bid'ah hasanah atau bid'ah wajibah, sebab Islam adalah agama yg mudah. Bila ada penemuan baru yg menyulitkan, maka ia tidak diperlukan. Maka talafudz niat ini menepati maksud asal kalimah bid'ah dalam assunah, "setiap bid'ah adalah sesat (kullu bid'ah dholalah). Sesat ini bukanlah sampai terkeluar dari agama atau menjadi kafir, fasiq atau dzalim, tapi suatu bentuk kesesatan yg kecil dalam mengikuti sunnah yakni mudah dalam berniat. Kaum salaf amat mudah dalam berniat dan kemudahan itulah yg sunnah dan ia tidak memerlukan suatu bentuk atau metod yang baru dalam berniat kerana terbukti metod salaf dalam berniat memang mudah dan tidak memerlukan ciptaan yg baru dlm berniat. Bila seseorang mencipta sesuatu metod yg baru dalam berniat dan terbukti menyukarkan umat, maka ia adalah suatu bid'ah yg menepati istilah sunnah, setiap bid'ah itu menyesatkan. Cuma bid'ah talaffudz ni tidak dibenteras dengan keras kerana bid'ah ni banyak kategori dan jenisnya dan bid'ah talafudz tidak memerlukan kekerasan apapun dalam merubahnya, memadai dgn dialog dan penerangan yg lunak. Jika mereka selesa dan merasa mudah dgn bantuan lafadz, maka kita berlapang dada, memandangkan ada perbahasan ulama dalam bab ini. Kita berlapang dada bukan kerana ia khilaf, tapi kerana ilmu mereka belum sampai kepada maksud bid'ah menurut assunnah. bersambung

b. Ucapan 'wabarokatuh' selepas salam

SJ-15-0009 : KALAU FURU' MENGAPA NAK BIDAH?

b. Ucapan 'wabarokatuh' selepas salam

Ini memang isu khilafiah. Menurut al-Muhaddith al-Albani dalam kitab monumentalnya (Sifat Solat Nabi SAW), Nabi SAW biasa menambah salamnya dgn ungkapan di atas. Tidak mungkin ahlu hadith membid'ahkan sesiapa yg menambah ungkapan 'wabarokaatuh'

c. Talqinan
Isu ni sudah dibahaskan dengan detail oleh Sifoo zain ys. Ia memang isu khilafiah juga dan tidak boleh dibid'ahkan mereka yg beramal dengan amalan ini. Mereka yg beramal dgn talqinan pula tidak boleh mendakwa ia bid'ah hasanah memandangkan ia tidak dipraktikkan oleh mana-mana khulafa' arrasyidin dan sahabat yg besar.

d. Jumlah bilangan solat tarawih.
Menentukan bilangan dgn qat'iy memang tidak boleh, apatah lagi membid'ahkan satu sama lain. Ini kerana jumlah raka'at itu memang dibiarkan begitu oleh RasuluLlah saw dan jatuh dalam daerah ijtihadiah

Bagi meguraikan kekusutan anda, kena dibaca berkali-kali buku nipis Dr Maza tersebut dan kena faham betul istilah bid'ah, khilafiah dan bid'ah hasanah.

Salah satu cara nak memahami isu ini dgn lebih terperinci ialah membaca syarah Usyul Asyrin Ust Hasan al-Banna, Usyul # 11 dan 12. Khusus digubal dua usyul utk menguraikan kekusutan seputar bid'ah dan khilafiah.

Kata kunci yg utama dan pertama ialah "setiap bid'ah adalah sesat' hanya merujuk kepada bid'ah yang betul2 baru dan khusus dicipta dalam rangka berubudiah dan mendekatkan diri kepada Allah dan ia tiada contoh sebelumnya. Bid'ah yang sesat pula mempunyai tahap dan tingkatan dan bukan semua mencelakakan ahli bid'ah ke Neraka. sekian