SJ-16-0020 : Daging Nazar Boleh Dimakan?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0020 : Daging Nazar Boleh Dimakan?

Minta penjelasan..

Adakah orang yang bernazar tidak boleh memakan barangan yang dinazarkan? Contohnya seseorang bernazar membuat kenduri kambing kepada rakan-rakan dan nazar tersebut ditunaikan. Adakah beliau boleh memakan daging kambing tersebut?

SJ-16-0020 : Daging Nazar Boleh Dimakan?

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Apa yang wajib dan dituntut untuk dilakukan apabila seseorang bernazar ialah menunaikan nazarnya mengikut apa yang telah diucapkan sebagaimana hadis Ibnu Umar r.a :

ÃæÝ ÈäÐÑß

“Penuhilah nazarmu”

(HR Imam Bukhari : 2032 dan Imam Muslim : 4268)

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah al-Hajj ayat : 29

æóáúíõæÝõæÇ äõÐõæÑóåõãú

“dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka…….”

Ada pun tegahan memakan barangan nazar seperti yang disebutkan di atas , tidaklah kami jumpai setakat pengetahuan dan pencarian kami dalam kitab-kitab feqh.Maka , secara kaedahnya ia kembali kepada hukum asal segala sesuatu itu , iaitu dibolehkan untuk memakannya.Apatah lagi kita memakannya ketika dalam proses untuk menunaikan nazar tersebut.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com