Bagaimanakah dengan ibadat seorang isteri yang rajin solat dan sebagainya tetapi selalu melawan cakap suami, ingkar perintah suami, derhaka dan sebagainya. Adakah ibadatnya diterima Allah? Wassalam.
Inilah fenomena akhir zaman! Kesan sekulerisme telah melanda umat Islam dan mereka menganut Islam secara serpihan atau abangan sahaja. Bukan terhad kepada wanita sahaja, bahkan kaum lelaki, mereka melakukan solat tapi makan riba, minum arak dan berzina. Bahkan mereka mengherdik anak yatim dan orang miskin dan tidak kisah jika hukum hudud dan qisas tidak dilaksanakan.
Maka jika ada wanita yg tekun mengerjakan solat, tapi mendedahkan aurat atau derhaka kepada suaminya, maka solat itu sah jika menepati syarat dan rukunnya. Tetapi pakej syurga bagi wanita Islam ialah tiga yg asas: ta'at beribadah (mahdah), menjaga kehormatan dan menta'ati suami, maka mereka (isteri boleh memilih untuk masuk syurga dari mana2 pintu yg ia sukai (HR Ahmad dan Tabrani dari Abdul Rahman bin 'Auf ra: juga diriwayatkan olah Abu Nu'aim dalam Hulyatul Awliya') Juga HR Bukhari dari Ibn Abbas ra, Bahawa Nabi bersabda, baginda lihat kebanyakan penghuni neraka ialah perempuan (kerana salah satu sebabnya) mereka tidak menghargai suaminya..."
P/S: Sebelum dipastikan derhakanya perempuan itu, perlu juga ditanya: apakah suaminya tidak mendidiknya, tidak melakukan langkah-langkah rawatan dan pencegahan sebagaimana yg dianjurkan Islam jika ada tanda2 nusyuz. Allahu a'alam
Jawab: