Assalamualaikum
Saya terbaca di www.islamonline.net berkenaan persoalan ini, dan panelis feqh di sana menjawab,
"..There is nothing wrong with gelatin even if it comes from haram meat. The fatwa of the fiqh council is that it is considered halal because even if it is made from haram meat it has undergone fundamental process of transformation through certain chemical changes that is called “Istihalah” in Islamic law. So, the ruling of pork does not apply to it anymore and we are still allowed to use it.
.."
Harap dapat penjelasan dari ustaz² di sini.
Jawab:
Itulah yg dinamakan Fatwa. Fatwa itu dikaitkan dengan mujtahid yg mengeluarkannya yg dipengaruhi oleh latarbelakang madzhab, situasi (waqe') dan zaman (masa). Jika fatwa itu benar mendapat dua ajr, jika silap masih mendapat satu pahala.
Gelatin dalam madzhab Syafi'iy hendaklah datang dari punca halal sahaja. Jika ia berpunca dari haiwan, haiwan itu hendaklah haiwan yg boleh dimakan dan disembelih secara syara' dan tidak boleh sama sekali dari khinzir.
Pendapat yg membolehkan datangnya dari fiqh Hanafi (Hasyiah Ibn Abidin) dan inilah yg diambil oleh fatwa yg anda sebutkan itu. Terpulanglah kpd anda untuk memilih fatwa yg mana. Di Malaysia terdapat gelatin yg disahkan Halal oleh JAKIM dgn jenama Halagel. Allahu a'alam