Jika seorang suami berkata spt berikut
1. "Kalau awak ada suka kat orang lain saya dgn rela hati melepaskan awak!
2. "Kalau awak tak suka saya, cakap aje, saya boleh tinggalkan awak"
3. "Pergi balik rumah mak bapak awak!"
Adakah apa2 kesan terhadap perkahwinan itu?
Suami yg melafazkan kata2 ini dtgnya dr org yg tak tinggal solat, sering berjemaah, membaca Quran setiap hari, solat sunat, jihad demi melaksanakan negara Islam, hafal Yasin & bbrp surah Quran.
Apb dia sabar dia terlalu penyabar, jika tidak dia akan memarahi anak2 dgn menggunakan kata2 yg tak elok. Dlm erti kata lain dia seorang yg sangat "moody type".
Sejak kahwin saya ada mengamalkan bbrp ayat Surah Toha, Yusuf utk melembutkan hatinya.. Saya rasa saya masih gagal membuang sikap angin & pemarahnya itu. Tolonglah selesaikan masalah saya ni.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1692: Rumahtangga
Primary tabs
Fri, 26/07/2002 - 9:01am
#1
SJ-1692: Rumahtangga
Jawab:
1. Ungkapan suami yg melafazkan kata-kata tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan kepada status perkahwinan mereka kerana secara uruf (adat kebiasaan) ia bukanlah ungkapan lazim bagi talak (Cth ungkapan yg lazim dan urufi: mulai sa'at ini, aku ceraikan engkau dengan talak satu) Talak di Malaysia tidak boleh diucapkan melainkan di pejabat pendaftar nikah sahaja dan wajib didaftarkan. Lafaz talak yg diucapkan di luar pejabat pendaftar nikah-cerai boleh dikenakan hukuman (denda atau penjara)
2. Sebenarnya isteri itu telah mendapat suami yg baik. Asas dan kelakuan hariannya menggambarkan personalitinya yg baik dan konsisten dalam agamanya. Ini adalah suatu basic morality yg sukar didapati hari ini. Banyak orang beranggapan, keajaiban atau suami mithali spt Nabi saw akan muncul dari watak-watak seperti ini. Isteri pulak demand (menuntut) suami lebih lembut lagi hatinya dengan membaca surah-surah tertentu. Jika lelaki ingin dilembutkan lagi dari ini, maka kita bimbang dia akan bertukar menjadi mak nyah.
3. Sebenarnya rumahtangga bukanlah magik atau kun payakun. Jika dia berjihad utk melaksanakan negara Islam, maka suami-isteri juga wajib berjihad terhadap membina daulah Islam dalam keluarganya. Daulah Islam ini bukan sahaja dalam bentuk kuasa politik dan kenegaraan, tapi juga dalam kehidupan berkeluarga, malah kehidupan individu. Imam Hasan alHudhaibi, mantan mursyidul 'am pergerakan terbesar di Egypt pernah berkata, tegaklah negara Islam dlm dada dikau, niscaya engkau akan tegakkan dia dalam masyarakat." Prof Hayyei (1001 Masalah Fiqh) menjelaskan membina rumahtangga adalah suatu cabaran bersama (joint-challenge) bukan isteri hanya mengharapkan suami atau suami hanya mengharapkan isteri. Allahu a'alam