SJ 1709: Maklumbalas Rejam-SJ 1707

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ 1709: Maklumbalas Rejam-SJ 1707

Assalamualaikum

Mengenai hukuman rejam, saya berpendapat mungkin panel perlu explain lebih kepada org. ramai yang bertanya kerana banyak fahaman yang mengungkit bahawa hukuman rejam itu tidak terdapat dalam Al-Quran maka kenapa ia menjadi legacy syariah yang utama dalam hudud. Pertama kalau tidak silap saya salah satu daripada nasnya- Hadis riwayat Saidina Umar yang mengatakan kenapa dia tegas dalam hukuman rejam kerana hukuman rejam itu pernah difirmankan (correct me if I'm wrong tetapi ini statusnya seperti Qudsi) kepada Rasullulah sebagai hukuman keatas pesalah dalam keadaan umat islam sudah bertapak (sovereign) di Madinah tetapi tidak diwahyukan terus sebagai part of Al-Quran. Hikmatnya setakat research saya yang tidak seberapa ini, adalah kerana hukuman sebat dalam Surah An-Nisa' itu menunjukkan hukuman minima, saya lupa jika asbabunuzul juga menunjukkan demikian(sila lanjutkan). Akan tetapi hukuman rejam bertolak sebenarnya, dari peristiwa golongan Yahudi di Madinah yang ingin menyelamatkan pembesar mereka dari dihukum rejam sepertimana tersirat dalam Kitab Taurat mereka, maka dirujuk kepada Rasullulah agar disebat sahaja, akan tetapi sejak zaman Nabi Musa hingga ke Nabi Isa hukum rejam sudah dijalankan baik bagi Bani Israil atau Nasrani tetapi sering diketepikkan sepertimana yang berlaku dizaman sekarang. Maka Rasullulah terus menghukum mengikut sirah ketetapan syariat Allah s.a.w. dari zaman dulu lagi. Kekeliurannya saya berpendapat bahawa satu initipati penting syarat hudud adalah Islam berkuasa sepenuhya (sovereign) dan rakyat muslim semada majoriti atau tidak dalam keadaan faham dan praktis syariat dan undang-undang Islam sepenuhnya dalam semua hal kehidupan harian. Tanpa pre-requisite ini hudud hanya akan menjadi satu undang yang impossible dijalankan kerana standard of legal processnya amat tinggi dari segi evidence, witness dan judiciary itu sendiri. Sukacita jika dikomen agar semua rakyat keluar dari kekeliruan yang sedang dihadapi. We as Mukmin must work to make the ordinary muslim people can explain to other muslims on the street on this progress on Islamic Nationhood we are experiencing.

Terima Kasih

Re: SJ 1709

Rejam menurut bahasa ialah melempar dengan batu. Menurut Istilah pula ialah merejam penzina muhsan (yang telah berkahwin) dengan batu sehingga mati. Dan, para fuqaha telah ijma’ mengatakan bahawa wajib merejam penzina muhsan. Hukuman rejam ini telah ditetapkan melalui al-Sunnah yang sahih dan dengan perbuatan Nabi s.a.w. sendiri. Di samping itu terdapat juga sepotong ayat al-Quran berkaitan dengan hukuman rejam, di mana tulisannya (=bacaannya) telahpun dinasakhkan manakala hukumannya masih kekal.
(Ruj. Fatwa Islam Online

Di dalam ensaiklopedia al-Feqhiyah Kuwait ada menyebutkan:
Ibnu Qudamah telah berkata: Tidak ada khilaf/perselisihan di kalangan para fuqaha tentang wajibnya hukuman rejam ke atas penzina muhsan, samada lelaki ataupun perempuan. Hukuman rejam telah ditetapkan dari Rasulullah s.a.w. dengan perkataan/sabdaannya dan perbuatannya, di dalam hadis2 yang hampir kepada mutawatir. Inilah perkataan seluruh ahli ilmu dari kalangan para sahabat, tabi’in dan orang-orang selepas mereka. Ibnu Qudamah berkata lagi: Kami tidak tahu jika terdapat perselisihan mengenainya melainkan dari kalangan kaum Khawarij. Dan di sana telah terjadi persepakatan para fuqaha bahawa had/hudud utk penzina muhsan adalah rejam hingga mati, samada penzina itu lelaki ataupun perempuan. Dan, bukan seorang yang mengatakan bahawa perkara ini adalah ijma. (ibid.)

Ibnu Qudamah berkata: Para sahabat Rasulullah s.a.w. telah ijma tehadap hukuman ini (rejam). Al-Bahuti telah berkata: Bahawa telah sabit bahawa Rasulullah s.a.w. terhadap hukuman rejam melalui sabdaannya dan perbuatannya di dalam hadis2 yg hampir mencecah taraf mutawatir.

Dan sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan hukuman ini di dalam kitabNya, kemudian Dia menasakhkan tulisan/bacaan dan mengekalkan hukumannya. Ini ada penjelasannya di dalam sebuah riwayat daripada Umar al-Khattab r.a. bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Allah membangkitkan Muhamad s.a.w. dengan kebenaran dan diturunkan kitab ke atasnya. Dan, Allah telah menurunkan ayat rejam, kami membacanya dan menghafaznya. Rasulullah s.a.w. telah menjalankan hukuman rejam dan kami meneruskan hukuman itu selepas ketiadaanya. Aku bimbang, jika dalam tempoh masa yang lama, manusia akan berkata: Demi Allah, kami tidak menemui ayat rejam di dalam kitab Allah. Lalu mereka akan menjadi orang yang sesat kerana meninggalkan satu fardu yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan Hukuman rejam di dalam kitab Allah adalah benar ke atas orang yang berzina muhsan dari kalangan lelaki dan wanita, apabila cukup bukti atau hamil atau pengakuan. (ibid.)

Di dalam satu riwayat lain terdapat penambahan: Demi nyawaku di dalam genggamanNya, kalaulah manusia tidak berkata bahawa Umar bin al-Khattab menambah2 al-Quran, nescaya aku akan menulisnya (ayat rejam yg telah dinasakhkan), iaitu: Lelaki dan wanita yang telah berkahwin, apabila melakukan zina, maka rejamlah kedua-duanya. Ia adalah pengajaran dari Allah. (ibid.)

…Nasakh al-Quran dengan al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Nasakh ayat, bacaan dan hukumnya.
2. Nasakh Hukumnya tetapi tidak pada bacaannya.
3. Nasakh bacaan tetapi tidak pada hukumnya.
Bukti nasakh bentuk ini (no.3) berlaku terdapat dalam riwayat sahih dari Umar al-Khattab dan Ubai bin Ka’b bahawa kedua2nya berkata:


ßÇä ÝíãÇ ÃäÒá ãä ÇáÞÑÂä "ÇáÔíÎ æÇáÔíÎÉ ÅÐÇ ÒäíÇ ÝÇÑÌãæåãÇ ÇáÈÊÉ¡ äßÇáÇð ãä Çááå æÇááå ÚÒíÒ Íßíã


Ruj:
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=9756>Fatwa Islamonline

---------------
Kesimpulan:

1. Hukuman rejam ditetapkan melalui ayat al-Quran yg telah dinasakhkan bacaan tetapi tidak pada hukum. Di samping itu ia juga telah ditetapkan melalui hadis2 Nabi s.a.w. yg tarafnya hampir mutawatir.

2. Para sahabat, tabi’in dan para fuqaha telah ijma terhadap wajibnya hukuman rejam ke atas penzina muhsan. Yg terkecuali hanyalah golongan Khawarij sahaja.