Assalamua'laikom Ustaz
1. Bagaimana jika laluan dari tempat wuduk ke tempat solat terdapat air kotor hasil dari kesan laluan orang yg mengambil wuduk ke tempat solat ataupun kesan laluan dari orang yg keluar dari tandas ke tempat berwuduk yg berdekatan dengan pintu keluar ke tempat solat contoh Seperti Di Masjid Negeri Shah Alam.
2. Jika kita menggunakan air paip untuk solat, bermakna jika wuduk cucian muka yg pertama menitis ke atas tangan yg sedang menadah air untuk cucian kedua maka kita boleh teruskan mencuci muka tanpa perlu membuang air tadahan tangan itu tadi. Ini kerana air paip yg mengalir adalah air mutlak. betul begitu ustaz? utk kepastian shj.
3. Adakah meninggalkan bacaan doa Iftitah sama hukumnya dengan meninggalkan bacaan doa qunut mengikut madzzab Syafie? Iaitu kena diganti dengan melakukan sujud sahwi?
4. Sujud sahwi dilakukan sebanyak 2x sujud. Adakah cara duduk dlm sujud sahwi sama ngan kedudukan antara 2 sujud dimana kaki kena bersilang sebelum sujud kedua dibuat?
5. Bagaimana nak lancarkan bacaan niat ketika berwuduk atau solat dilakukan? saya sering mengalami masalah tersekat ketika menyebut perkataan Ta'ala.
6. Jika sisa makanan terlekat dicelah gigi maka sembahyang kita tak sah, bagaimana jika bebenang sejadah termasuk dalam mulut walaupun kita dah ludah. Adakah hukumnya sama macam sisa makanan? bagaimana pula lendir dari hidung yang terlekat di anak tekak. bagaimana jika dibiarkan sehingga selesai solat. katakan lendir tersebut tak jatuh ke lidah tapi dok tergantung kat anak tekak, memang menganggu terutama utk membaca bacaan dlm sembahyang tapi apa yang saya nak tahu adakah dibolehkan utk kita membiarkannya?
Jawab:
1. a. Laluan yg basah disebabkan oleh orang berwudhu' tidak kotor bagi orang lain yg memijaknya. Laluan itu tidak boleh diklasifikasi sebagai kotor kecuali ada najis yg kelihatan (Bulughul Maram, 3)
1. b. Jika laluan wudhu' sama dengan laluan ke tandas. Ini suatu rekabentuk mesjid yg salah dan boleh menimbulkan syubhat. Perlu diperhatikan, apakah selipar disediakan atau kawasan tandas itu mempraktikkan sistem penjagaan kebersihan yg tinggi. Jika ada unsur keraguan kebersihan, Syaikh Atiyah saqr dalam fatwanya (Seem wal Jeem), hukumnya makruh berwudhu' dikawasan yg diragui kebersihannya), maksudnya wudhu' masih sah.
2. Tidak perlu membuang air lebihan wudhu' sebab air mustakmal itu masih bersih kerana ia datang dari angguta wudhu'. Lagipun bila kita menghulurkan tangan kepada air paip, anda sentiasa mendapat air yg baru, secara otomatik sebarang air mustakmal akan terbuang.
3. Meninggalkan do'a iftitah tidak perlu sujud sahwi (alUmm, 1/106)
4. Bacaan dan cara sujud dan duduk antara dua sujud sama saja dengan sujud biasa (Hasbi Siddiqiey, Pedoman Solat).
5. Tinggalkan amalan membaca lafaz niat (talaffuz niyyat) kerana ia tidak disyari'atkan. Cukup niat itu suatu lintasan hati sahaja dan tidak ada kena mengena dengan lisan (Ibn Qayyim, Ighatsah alLahafan)
6. Makanan yg terlekat celah gigi dan telah bercampur dgn air liur, benang sejadah yg termasuk dlm mulut dan lendir semuanya tidak membatalkan solat jika tertelan kerana semuanya termasuk umum albalwa (kesulitan yg sukar dihapuskan kerana sedang solat) dan ia tidak ada niat untuk makan dan minum semasa solat. (Fiqh Islami)
Allahu a'alam