SJ-1871: Zakat lagi!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1871: Zakat lagi!!

Zakat pendapatan

2 cara untuk mengira zakat pendapatan

Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun
Cth. Pendapatan kasar setahun RM100,000 maka zakat
2.5% x RM100,000 = RM2,500 setahun
Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan
Cth. Jika pendapatan setahun RM24,000 dan perbelanjaan-perbelanjaan asasi dan wajib setahun ialah RM14,000, maka zakat ialah 2.5% atas RM10,000 = RM250 setahun.

Zakat simpanan

2.5% atas baki terendah sesuatu tahun semua jenis simpanan, kalau baki terendah tersebut bersamaan atau lebih dari nisab.
Cth. Jika jumlah simpanan terendah dalam sesuatu tahun ialah RM20,000, maka zakat 2.5% x RM20,000 = RM500 setahun.

Saya ingin minta maaf atas ulangan soalan kerana saya masih kabur dlm persoalanan ini.Katakan jika saya berpendapatan RM 40 000 setahun , dlm masa tersebut saya berjaya menyimpan RM 10000 dan menggunakan utk perbelanjaan sebanyak RM 30 000. Persoalan adakah saya masih membayar kedua2 zakat pendapatan dan zakat simpanan atau dikira termasuk dlm satu zakat pendapatan shj?

Jazakallah

Re: SJ-1871: Zakat lagi!!

Jawab:
Tidak mengapa bertanya beberapa kali demi kepuasan dan kejelasan. Ahkam sentiasa membantu anda.

1. Cara mengira zakat Mustafad (gaji dan upah). Kedua-dua metode pengiraan dibolehkan. PPZ Malaysia menggunakan metode income-tax (pendapat kasar (Gross) ditolak perbelanjaan asasi dan barulah pengiraan zakat dilakukan. Lawat mana-mana PPZ dan ambil borangnya dan arahan potongan gaji berkomputer)

2. Zakat mutafad (gaji dan upah) dikira berasingan dari zakat simpanan tetap. Begitu juga jika anda membeli saham, maka zakat saham pula dikenakan. (Fatwa Daimah Kerajaan Arab Saudi, Fatwa # 382) WaLlahu a'alam