SJ - 1882 : SI ALIM DAN SI USTAZ YANG ANEH

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 1882 : SI ALIM DAN SI USTAZ YANG ANEH

asalamualaikum!

Terlebih dahulu saya amat-amat berterima kasih di atas soalan saya tentang masuri semalam..penjelasan yang panjang lebar itu telah memberikan pengetahuan yang amat berguna bagi saya yang amat cetek tentang pemahaman agama ini.
Di sini saya ingin mengemukakan lagi soalan
1) Sahabat saya yang belajar tarikat ini ada juga mengenali seorang ustaz yang dia dakwa bahawa ustaz ini bermain judi demi untuk mendakwah pemain-pemain judi...ustaz ini setiap kali main judi beliau akan menyampaikan dakwah kepada pemain-pemain itu bila masuk waktu beliau akan mengajak pemain judi itu bersembahyang.Ustaz ini juga ada bermain TOTO dengan tujuan untuk membangkrapkan syarikat perjudian itu..setiap kali menikam toto ini ustaz itu pasti menang dan duit itu di dermakan kepada anak yatim.Sebagai pengamal tarikat sahabat saya ini selau berhujah mengatakan hal-hal ugama tidak boleh di fikir dengan lojik akal...bagi saya ada "anti logic yang make sense dan ada anti logic does'nt make sense...dan saya akan selalu menolak anti logic yang does'nt make sense" dan mereka akan melabel kan saya berada di makam yang rendah..juga tolong jelaskan tentang makam-makam manusia ini
2)Beliau juga berkata mengutuk Dato Nik Aziz tidak berdosa kerana Nik Aziz bukan nabi.
3)Seseorang yang berpengetahuan ugama dan alim selalu menasihati saya tentang hukum dan akidah..tetapi beliau ini selalu becerita hal-hal lucah dengan kaum wanita yang bukan muhrim nya..apa kah hukumnya perlakuan yang sedemikian.
Ada pendapat sahabat saya mengatakan sipolan itu sekadar untuk menghilangkan stress...memang saya akui barangkali sialim ini stress kerana masa beliau asangat tertumpu kepada perniagaan warung nya.Sebagai orang yang baru-baru nak berjinak dengan ugama saya menjadi bertambah keliru dengan senario ini.Harap ustaz dapat membantu saya..dan bagaimakah cara yang terbaik untuk saya memperbetulkan sahabat saya ini jika mereka itu dah tersilap...sedangkan mereka alim dalam hal ugama dan saya pula tidak.

Re: SJ - 1882 : SI ALIM DAN SI USTAZ YANG ANEH

æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi di atas soalan saudara itu , mudah-mudahan ianya ada kemanfaatan bersama .

Sebelum jawapan-jawapan bagi setiap soalan itu saya kembangkan dan dijawab , ada baiknya kita melihat sendiri apakah ERTINYA ORANG ‘ALIM menurut kehendak Al-Quran Al-Karim itu sendiri , kerana bukti-bukti daripada Al-Quran tidak dapat dibantah , manakala kata-kata orang ( Selain daripada Baginda Rasulullah s.a.w ) boleh ditolak andainya salah, dan boleh diterima pula apabila ternyata benarnya.

Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah Fathir : Ayat 28 , menerangkan apakah erti orang ‘alim ( jamaknya : ‘Ulamak ) itu :

( … ÅöäøóãóÇ íóÎúÔóì Çááøóåó ãöäú ÚöÈóÇÏöåö ÇáúÚõáóãóÇÁ …. )

Ertinya : ….” Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar takut kepada Allah itu adalah daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bergelar ‘ulamak… “.

Inilah sebenarnya erti ‘Ulamak iaitu orang – orang yang benar-benar takut ( Al-Khauf Wal Khashyah ) kepada Allah Ta’ala , lalu disebabkan mereka takut kepada Allah Ta’ala , mereka pun mentaati seluruh arahan dan larangan-Nya . Di samping takut itu , mereka juga tidak lupa untuk terus-menerus melakukan Ar-Raja’ ( Berharap Sangat ) kepada azab-Nya dan Rahmat-Nya , mudah-mudahan mereka ini selamat daripada segala macam bencana dan fitnah , termasuklah bencana dosa-dosa yang boleh menyebabkan tempat-tempat duduk di neraka jahanam ditempah dek dosa-dosa itu !.

Jelas juga , menerusi ayat Al-Quran itu , Ulama’ bukanlah sekdar mereka yang mempunyai ijazah di dalam bidang Agama , bukan juga mereka yang kelihatannya warak dengan semata-mata memakai serban , jubah , berjanggut , bertasbih dan sebagainya , tetapi yang lebih daripada itu ialah mereka sangat-sangat dituntut untuk takut sebenar-benarnya kepada Allah Ta’ala.

Berbalik kepada soalan-soalan saudara itu :

*****************************************

1 – Orang yang berdakwah , mengajak manusia kepada seruan Islam wajiblah mengetahui bahawa kerja ini adalah kerja yang sangat-sangat mulia dan amat dituntut oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w . Oleh kerana itu di dalam berdakwah kita diwajibkan mengikut garis-panduannya yang telah ditetapkan oleh Alah Ta’ala agar dakwah itu benar-benar menjadi dakwah ( seruan ) kepada keredhaan Allah Ta’ala , bukannya – sebagaimana yang pernah Rasulullah s.a.w jelaskan – menjadi pendakwah yang mengajak manusia ke pintu-pintu neraka jahannam !. Wana’uzubilLahi Min Dzalik.

Oleh kerana itu , tidak dapat kita hendak berdakwah mengikut suka hati kita , mengikut segala macam teori ciptaan otak kita yang dangkal ini tanpa mahu melihat kepada sumber-sumber utama dan teragung dakwah Islam itu sendiri , iaitu Al-Quran dan As-Sunnah . Dan apa sahaja cara yang bertentangan dengan kedua-duanya itu , merupakan satu teori, praktikal dan kefahaman yang tertotal lagi palsu.

Begitulah juga, walaupun kita mempunyai semangat dakwah yang tinggi , jangan kita lupa bahawa di dalam Islam tidak dibenarkan kita menggunakan teori : “ MATLAMAT MENGHALALKAN SEGALA CARA “ ( The End Justify The Means ) – “ Al-Ghoyah Tubarriru Kulla Wasilah “ . Ramai yang menyangka ini adalah kata-kata dan teori ciptaan Nicolo Machiavelli . Sebenarnya tidak tepat dakwaan itu !. Kerana sebenarnya ini adalah teori yang dicipta oleh seorang pendita terbesar Kristian yang bernama St. Paul. Kerana itu tidak hairanlah andainya pihak Kristian sanggup berbuat apa sahaja , sehingga sanggup menggunakan seburuk-buruk cara seperti mengeksploitasi pesakit-pesakit , orang-orang yang miskin dan taktik provokasi , asalkan matlamat mereka untuk menyesatkan umat Islam khasnya tercapai.

St. Paul, seorang Pendita Yahudi suku Benyamin, yang bertanggung-jawab mencipta Kristian yang dikenali sekarang sendiri berkata di dalam Bible (1 Corinthians (9) : 19-21): “I am a free man, nobody’s slave, but I make myself everybody’s slave in order to win as many people as possible. While working with the Jews, I live like a Jew in order to win them; and even though I am myself not subject to the Law of Moses, I live as though I were when working with those who are, in order to win them. In the same way, when working with Gentiles, I live like a Gentile, outside the Jewish Law, in order to win Gentiles. This does not mean that I don’t obey God’s law; I am really under Christ’s law”. Ertinya : “Aku adalah manusia yang bebas, bukanlah hamba milik sesiapa pun, tetapi akulah yang menghambakan diriku untuk setiap manusia, agar dapat dimenangi hati manusia seramai mungkin. Apabila aku berkerja di kalangan Yahudi, aku akan hidup sebagai seorang Yahudi juga meskipun aku bukanlah manusia yang patuh kepada ajaran Musa demi memenangi hati-hati mereka. Begitulah juga, apabila aku berada di kalangan manusia yang hidup tanpa peraturan agama (atheis), aku juga akan hidup jauh daripada sebarang peraturan agama, hatta peraturan Yahudi, demi memenangi mereka seramai mungkin. Tidaklah bermakna aku ini seorang yang derhaka terhadap Undang-Undang Allah, aku sememangnya di bawah peraturan Isa”.

Oleh itu kaedah dan metode “ MATLAMAT MENGHALALKAN CARA “ tidak dapat kita terima kerana ianya bukan sahaja tidak berasal daripada Islam , malahan ianya sendiri bertentangan dengan Islam !.

Judi , termasuklah main TOTO ataupun 4 Nombor Ekor , adalah termasuk di antara perkara-perkara yang diharamkan di dalam Islam. Bahkan orang yang mengengkari haramnya berjudi itu boleh jatuh ke dalam lembah murtad – wal’iyadzu bilLahi min dzalik – kerana mengengkari sesuatu perkara agama yang wajib diketahui oleh semua umat Islam ( Al-Ma’alum Minad Din Bidhoruroh ) !.

Walaupun ada kalanya dilihat ustaz yang saudara nyatakan itu kelihatan baik seperti mengajak pemuda-pemuda yang sama-sama bermain judi dengan ustaz itu bersembahyang , tapi itu bukanlah alasannya untuk menghalalkan dia turut sama bermain judi , kerana hendak berdakwah kepada mereka !.

Katakanlah , jika pemuda-pemuda itu turut sama menghisap dadah , adakah patut si ustaz ataupun si ‘alim ini juga menghisap dadah dengan tujuan hendak berdakwah !?.

Kalau mereka berzina , adakah patut juga si ustaz ni turut berzina agar jadi “ satu kepala “ ataupun “ satu geng “ dengan mereka !?.

Apa yang dilakukan , yang haram tetap haram , dan tiada sebarang alasan yang munasabah untuk menyokong dosa yang dilakukan dengan berjudi itu !?.

Ya ! walaupun ustaz tu sentiasa menang bermain TOTO , adakah kemenangannya itu setimpal dengan kerugian yang dialami oleh setiap yang “ menikam “ TOTO “ setiap hari !?.

Adakah dengan kemenangannya itu betul-betul boleh mengakibatkan Syarikat Sports TOTO itu bangkrap dan menjadi muflis semuflis-muflisnya !?.

Bukan itu caranya , cara yang sebenarnya ialah menjatuhkan mereka yang sama-sama menyokong mereka yang terlibat di dalam industri itu !!! . Menjatuhkan mereka yang memberi kelulusan ( permit ) kepada Syarikat TOTO itu untuk terus berkembang di dalam sebuah negara yang konon-kononnya adalah “ Sebuah Negara Islam “ !.

Baginda Rasulullah s.a.w sebagai Modul Dakwah Terulung , tidak pernah bersama-sama terjun ke dalam lembah durjana, masuk ke dalam lubang yang haram , “ sekepala dan sepermainan “ dengan golongan-golongan yang berbuat maksiat , walhal dakwah Baginda s.a.w adalah dakwah yang sebenar dan yang teragung !!!.

Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah sama-sama bermain judi bersama-sama golongan musyrikin Quraisy demi untuk menjinakkan hati mereka agar tertarik dengan Islam .

Berdakwah secara hikmah bukanlah bermaksud berdakwah mengikut otak dan teori ciptaan kita sendiri , tetapi dakwah secara hikmah ialah secara apa yang diajar oleh Al-Quran dan As-Sunnah .

**************************************

MASALAH TAREQAT :

Tareqat itu asalnya kalimah berbahasa Arab , ertinya : JALAN .

Yang ulama’ kita maksudkan ialah : JALAN MENUJU KEPADA ALLAH TA’ALA , itu secara ringkasnya.

Tareqat juga ada 2 jenis :

1- Yang bersesuaian dengan ajaran Allah Ta’ala dan Rasulullah s.a.w , ini dinamakan sebagai : TOREQAT MUKTABARAH @ SOHIHAH . Tareqat ini memandu penuntut-penuntutnya untuk belajar menjadi di antara Auliya’ Ar-Rahman ( Wali-Wali Allah Yang Maha Pemurah ) , ataupun setidak-tidaknya menjadi orang yang soleh ( taat selalu kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w ).

2- Yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah : TOREQAT DHOLALAH @ GHAIRU MASHRU’AH – Tareqat ini memandu penuntut-penuntutnya untuk belajar menjadi Auliya’ At-Thoghut ( Wali-Wali Syaitan yang bersifat melampaui batas ) , ataupun setidak-tidaknya untuk menjadi manusia yang ‘asi ( ahli maksiat ).

Tareqat yang benar ini talah pun saya jelaskan di dalam SJ - 1869 : TAHAP PELAJARAN SEORANG MUSLIM & MASALAH TAREQAT ( silalah saudara merujuknya ).

Tareqat yang benar juga adalah sebagai mana yang dijelaskan oleh tokoh-tokohnya sendiri , di antaranya :

Berkatalah Imam Al-Junaid ( rh ) : .

“ Sesiapa sahaja yang tidak mampu menghasilkan ilmu-ilmu yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, maka dia bukanlah sufi – ahli tasawwuf – yang sebenar ! “.

“ Dan sesiapa sahaja yang tidak menghafal Al-Quran , dan tidak pula menulis Al-Hadis ,tidaklah boleh dijadikan panduan di dalam hal ini – Ilmu Tasawwuf . Kerana Ilmu kami ini terikat dengan asal-usul Al-Quran dan As-Sunnah “..

Imam At-Tusturi ( rh ) pula menyatakan : .

“ Usul metode kami ini ada 7 perkara iaitu : (1)- Berpegang teguh dengan Al-Quran , (2)- Mengikuti As-Sunnah , (3)- Makan makanan yang halal , (4)- Menahan diri daripada menyakiti orang lain , (5)- Menjauhi maksiat-maksiat, (6)- Melazimi diri dengan taubat dan (7)- Memberikan hak-hak kepada setiap yang berhak menerimanya “.
.

Imam Abu Yazid Al-Bustami (rh) pula menyatakan : .

“ Jika kamu melihat seseorang yang diberikan keramat-keramat sehingga boleh berjalan di atas air dan boleh terbang di udara , janganlah kamu mudah terpedaya dengannya sehinggalah kamu memeriksa keadaannya ketika melaksanakan arahan-arahan agama dan meninggalkan larangan-larangannya , serta dia pula menjaga batas-batas agama dan melaksanakan tuntutan syariah “.
.

Pendek kata : Sehebat mana pun kesaktian seseorang yang mengamalkan sesejenis tareqat dan sehebat mana pun dia dilihat oleh manusia , maka neraca yang perlu kita ukur untuk menentukan dirinya ialah Al-Quran dan As-Sunnah !.

Saya sendiri – selama saya mempelajari Tasauf , walaupun tidak se’alim orang lain , samada di tanah air ataupun di Al-Azhar ini , khasnya di dalam Pengajian Usuluddin – tidak pernah saya temui satu fakta pun , ataupun satu tokoh pun yang membenarkan seseorang pengamal tareqat itu melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan Islam , khasnya seperti berjudi itu !!!.

Saya bimbang dan amat sangat bimbang andainya sang ustaz itu bukannya memasuki Tareqat Auliya’ Ar-Rahman , tetapi menjadi pendokong-pendokong Auliya’ At-Thoghut !!! . Wal’iyadzubillahi Min Dzalik.

**************************************

2- Ya benar ! Memanglah Tuan Guru MB Kelantan Darul Naim itu bukannya seorang Nabi a.s dan juga bukannya seorang yang maksum . Tapi ini bukanlah dalil dan hujah untuk si ustaz itu mengutuk ataupun mencerca beliau selaku orang Islam , dan apatah lagi seorang yang berilmu !.

Kalau disebabkan Tuan Guru MB Kelantan itu bukan seorang Nabi a.s boleh dijadikan sebagai dalil untuk ustaz itu mencaci-maki beliau , maka mengapakah ustaz itu tidak mencaci-maki dirinya sendiri , ibu dan bapanya !?.

Kalau digunakan HUJAH ustaz itu yang tidak logik langsung itu , sudah pastilah dia pun kena memaki-hamun ibu dan bapanya sendiri , sebab kalau tidak , seolah-olah dia sendiri juga telah memartabatkan ibu – bapanya sebagai Nabi a.s dan sebagai manusia yang maksum !

Tapi adakah ustaz itu sanggup menerima kembali “ senjatanya “ nya itu !!??…………..

**************************************

3- Si ‘Alim itu tetap berpahala ketika dia menyampaikan pengetahuannya mengenai Islam , dan dia juga tetap berdosa ketika dia bercerita dan bersembang-sembang hal-hal yang lucah kepada kaum wanita bukan mahramnya . Saya nasihati diri saya sendiri, dan diri-diri kita semua agar kita sentiasa menjadikan diri-diri kita “ serupa bikin “ dengan apa yang kita katakan.

Seorang pendakwah yang benar-benar ikhlas kerana Allah Ta’ala , sudah tentulah akan “ bercakap serupa bikin “ . Dan kelakuan seseorang yang berpengatahuan agama itu sangat-sangat dituntut agar sesuai dengan kehendak Islam agar akhlaknya itu sendiri mampu menarik minat manusia kepada Islam !.

Bercakap mengenai “ hal-hal di dalam kain dan kelambu “ , khasnya kepada golongan wanita yang bukan mahram bukanlah satu perkara yang terpuji , bahkan itu semuanya boleh mendorong kepada berlakunya maksiat yang lebih besar iaitu Jenayah Zina , kerana tidak sedikit kaum wanita yang terperangkap dek kaum lelaki yang berhati binatang hanya berbekalkan air liur sahaja dan “ mulut yang manis “ .

Dan wanita-wanita yang bukan mahramnya itu , yang juga suka mendengar kisah-kisah seks yang diceritakan itu juga sudah tentu bukanlah termasuk daripada kalangan wanita yang beriman , kerana bukan begitu sifatnya wanita-wanita yang benar-benar beriman !.

Marilah kita sentiasa bertaqwa dan takut kepada Allah Ta’ala . Mudah-mudahan Allah Ta’ala menyelamatkan kita daripada musibah seperti itu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************

SILA LIHAT MASALAH-MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN JAWAPAN INI :

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=7578&page=8&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

http://al-ahkam.com.my/forum//showflat.php?Board=UBB3&Number=6928

http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=4096&page=30&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå

3 / Sya’aban / 1423 H
10 / September / 2002 M

Khamis – Bandaraya Kaherah