SJ-1925: Barang Amerika

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1925: Barang Amerika

Assalamualaikum...

1) Adakah semua barang "made in Amerika" itu org Yahudi yang punya dah haram digunakan. MAcam mana dengan barang yang tidak tersenarai dlm senarai tu tapi import dari Amerika...contohnya seperti barangan jenama Neostrata?

2) Macam mana dengan barang Amerika yang terdiri dr ubat-ubatan yang telah lama digunakan atas kesesuaiannya...berdosakah sekiranya diteruskan penggunaan?

3) Macam mana dengan barangan Amerika yang belum habis digunakan....kerana terasa membazir pula nak dibuangkan begitu saja. Berdosa ka kalau terus digunakan sampai habis untuk mengelakkan pembaziran?

Assalamualaikum

Re: SJ-1925: Barang Amerika

Jwb:
Pertama sekali anda kena tahu kedudukan FATWA dalam Islam. Fatwa ini tidak berdiri sama tinggi dengan alQur'an dan asSunnah atau ijma'. Fatwa ada yg mulzim (bila ia dikuatkuasakan dengan kuasa legislatif dan ekseketif menyamai enakmen atau decree) dan ada fatwa yg tidak mulzim (yg tidak digazetkan sebagai legislatif/decree). kebanyakan fatwa dan pendapat Ulama' dulu dan sekarang adalah tidak mulzim dan ia lebih kepada nasihat, panduan, dakwah dan tunjukajar kepada umat. Jika kita memiliki kitab2 Fatwa spt Majmu' Fatawa Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (32 Jilid), Fatawa Syaikh Abdul Aziz Ben Baz, Fatawa Syaltut, Fatawa Mu'asirat Qardhawi, Fatawa Syaikh Abduh, dll termasuk Fatawa Majlis fatwa Kebangsaan Malaysia, kebanyakannya berbentuk bukan mulzim tapi lebih kepada irsyad, dakwah dan tabligh.
Fatwa memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika adalah dikeluarkan diTimur Tengah terutama negara2 berjiran dgn negara haram Israel spt Jordan, Lebanon, Arab Saudi dan Mesir yg banyak menggunakan barangan keluaran Israel dalam kehidupan harian mereka, malah masih ramai penduduk Arab yg masih bekerja di Israel dan menerima siaran Television yg dipancarkan dari Israel.
Fatwa memboikot barangan Israel ini ditujukan kepada masyarakat sekeliling Israel supaya memboikot barangan Israel ini kerana penduduk Israel hanyalah 2-3 juta sahaja, maka jika masyarakat Arab sekelilingnya memboikot barangan israel sudah tentu ekonominya akan lembab dan lemah.
Adapun bagi negara2 umat Islam yg lain spt Malaysia. Kita tidak ada hubungan dagang dgn Israel, tapi USA merupakan negara dagang number 1 Malaysia. Kita amat simpati dgn perjuangan Palestine dan amat kecewa dengan perubahan dasar luar USA yg mendadak terhadap umat Islam dan kita juga boleh menyambut fatwa Boikot barangan Made in USA dan made in Israel ini terutama barangan USA yg menjadi syi'ar mereka spt Coke, Pepsi, Pizza Hut, Levi's, Citibank, Motorola, dsbnya. Manakala barangan Amerika spt ubat-ubatan atau yg amat diperlukan oleh umat Islam dan tiada banyak alternatif dlm pasaran, maka sudah tentu ia terkeluar dari kempen ini. WaLlahu a'alam