Assalamu'alaikum Ahli Panel Al-Ahkam dan para sahabat sekelian.
Saya ada baca jawapan utk satu soalan dlm arkib Al-Ahkam mengenai "amalan semasa haid" yang mana tiada amalan bagi wanita yang dalam haid/nifas. Persoalan saya:
1. Bagaimanakah jika kita membaca doa-doa tertentu (kerana sudah terbiasa dan menjadi amalan harian) yang mengandungi ayat Al-Quran semasa haid/nifas? Adakah berdosa?
2. Bagaimana kedudukannya jika membaca surah @ ayat Al-Quran @ zikir2 @ asma ul husna di dalam hati saja?
Semoga dapat menjelaskan permasalahan ini.
Sekian terima kasih
Jwb:
1. Dibolehkan membaca do'a2 yg yg sudah lazim di baca spt do'a naik kenderaan walaupun dalam keadaan berjunub (Jumhur)
2. Jumhur mengharamkan membaca secara biasa, jika dibaca dalam hati tidak ada salahnya.
Komentar ahli tahqeeq (penilai):
Syaykh Nasirudin Albani (Tamamul Minnah) berpendapat hadis2 yg melarang orang haidh membaca alQur'an adalah dha'ef. Inilah juga pendapat Imam Syawkani, alBukhari dan Imam Ibn Hazm alAndalusia. WaLlahu a'alam