SJ- 1967: zikir selepas solat 2

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ- 1967: zikir selepas solat 2

Assalamualaikum...
1. berkaitan dgn zikir selepas solat, Ustaz THTL ada menyatakan bahawa ianya adalah amalan bidaah, dan setiap yg bidaah adalah berdosa; tetapi kalau tidak silap saya ada hadis menyatakan malaikat itu berkumpul pada disetiap majlis zikir. Jikalau dikatakan majlis zikir, tentulah lebih daripada seorang.

2. Ustaz juga menyatakan bahawa bidaah di dlm ibadat adalah bidaah walaupun ianya nampak baik, bagaimana pula dengan amalan solat terawih secara berjemaah..ianya tidak diamalkan dizaman Rasullah s.a.w, tetapi diamalkan di zaman sahabat, tidakkah ianya bidaah?

3. Apakah hukumnya zikir selepas solat yang dilakukan secara berjemaah itu, jika ianya bidaah adakah ianya dosa besar, atau dosa kecil atau makruh? Jika ianya dosa kecil dan dilakukan secara berterusan pada setiap kali selesai sembahyang fardu tidakkah ianya boleh menjadi dosa besar?

4. Berkaitan dgn zikir selepas solat ini mazhab manakah yg mengamalkanya dan dari siapakah amalan ini bermula, pada pemerhatian saya ianya diamalkan pada semua masjid atau madrasah di malaysia, dan yang mempraktikkannya bukan lah org. awam tetapi ustaz-ustaz yg berpendidikan samada dari dalam atau luar negara (cth: mesir @ sudan), adakah mereka ini tidak berpengatahuan dlm bab ini?

5. Bolehkah ustaz nyatakan ada atau tidak dari kalangan para ulama yang menyokong amalan ini atau mereka yg berdiam diri atau mereka yg bersikap neuteral dan apakah hujah mereka yg menyebabkan mereka berdiam diri atau bersikap neuteral...Terima kasih..
Wallahualam...

Re: sj- 1967: zikir selepas solat 2

wassalam
Jawab:
JKK di atas feedback yg baik sekali ke arah wacana ilmu yg memberi kita semua manfa'at.
1. Perihal Malaikat berkumpul pada setiap majlis zikir itu bermaksud majlis ilmu. Zikir dalam bahasa Arab bukan sahaja bermaksud zikir selepas solat tapi juga meliputi maksud majlis ilmu atau ceramah agama.
2. Khulafa' arRasyidin bukanlah ahli bid'ah. Apa yg dilakukan oleh Umar alKhattab dgn menyatukan para sahabat solat tarawikh secara berjama'ah itu ada contoh dari Nabi saw kerana nabi pernah keluar ke mesjid di bulan Ramadhan dan para sahabat menyertai baginda solat bersama-sama, pada malam berikutnya, para sahabat bertambah ramai yg menyertai baginda, hingga pada malam ke tiga baginda tidak keluar dan pada paginya baginda bersabda," aku melihat apa yg kamu lakukan (mengikuti aku bersolat), maka aku tidak keluar lagi kerana aku takut kamu menganggapnya sebagai wajib." Muttafaq 'alaih dari Aisyah ra. Maka kekhuatiran wajibnya solat tarawikh itu sudah tamat dengan kewafatan nabi saw, maka Umar kembali menghidupkannya. Solat tarawikh itu sah dilakukan secara berjama'ah kerana Umar pernah melihat ia pernah dilakukan cuma Nabi bimbang ia dianggap wajib. Dr Qardhawi, Sunnah wal Bid'ah
3. Bid'ah ini seperti juga dosa ada bid'ah yg besar dan ada bid'ah yg kecil. Saya tidak berani dan tidak ada kuasa menentukan apakah ia dosa besar atau kecil atau bid'ah kecil atau besar. Tapi saya takut dgn kalimah dosa dan bid'ah.
4. Madzhab yg mempopularkan ialah Syafi'iyah Nusantara atas alasan mengajar makmum. pendapat ini diambil dari Imam Nawawi dan ada disebut dalam kitab Fathul bari jld 2/326
Orang Nusantara kemudian menjadikan ia sebagai suatu amalan resmi dan bukan lagi bertujuan mengajar

5. Tidak ada ulama' muktabar yg menyokong amalan ini. Untuk mengetahui siapakah yg mendokong cara ini akan berlakulah perbalahan kembali seperti apa yg berlaku di zaman Mufti Johor (Syekh Tahir alHaddad) dan aliran kaum muda . Isu ini sensitif sebab itu graduan Azhar, Medinah dan Sudan tidak membuka mulut. Agama memerlukan tajdid (pembaharuan) dan Malaysia (tidak terkecuali) memang amat sangat perlukan pembaharuan dalam agama. Dalil: Allah akan mengutus bagi umat ini pada awal 100 tahun seseorang yg akan memperbaharui agama." disahihkan oleh alIraqi dan asySyuyuti. Apabila majoriti umat Islam sudah keliru dan menerima sesuatu bid'ah sebagai sunnah, maka ia memerlukan tokoh2 tajdid (pembaharu) bukannya mereka yg jenis ulama cari makan.
WaLlahu a'alam