SJ-2003: Perubahan Niat ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2003: Perubahan Niat ?

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah

Jika sekiranya kita ke tempat musalla untuk bersolat jemaah, niat kita sememangnya kerana menunaikan kewajiban kepada Allah, tiba2 orang meminta kita menjadi imam.
Adakah ini pertembungan niat? Adakah memenuhi permintaan itu juga dikira kerana Allah ?

JazakaLlah

Re: SJ-2003: Perubahan Niat ?

Jawab:
Pertembungan atau perubahan pada niat yg menjejaskan solat jika ia berlaku semasa (sedang) menunaikan solat. Jika belum lagi bertakbiratul Ihram, tidak menjadi apa-apa. Jika kita turun rumah dgn tujuan nak menunaikan solat jama'ah di mesjid sebagai aktiviti rutin (sbg makmum). Bila tiba di mesjid, Imam tetap (katakan) uzur, jika anda diminta menjadi Imam, maka pertembungan niat sebelum memulakan solat tidak menjadi masalah (sebab ia berlaku di luar takbir).
2. Memenuhi hajat ahli jama'ah atau qaryah supaya anda menjadi Imam sebenarnya suatu pengiktirafan dan penghormatan mereka terhadap anda. Jika anda maju memimpin solat dgn ikhlas, sudah tentu ia kerana Allah. WaLlahu a'alam