A'salam wr kth
Ybhg Ust, saya ingin menanyakan samada boleh atau tidak dan apa hukumnya kalau kita nak menarik minat anak-anak untuk mengaji al-quran dengan menghiaskan mashaf tersebut dengan corak kid, dengan balutan warna yang kanak-kanak gemari cth gambar kartun yang mereka minati dan juga penanda buku (bookmark) dengan gambar yang menarik.
Saya rasa dengan cara ini sikit sebanyak akan menarik minat mereka untuk mengaji berbandingkan dengan awan larat dan geometri yang tidak menarik bagi mereka.
terima kasih
abudzar
Jawab:
Sudah tentu ia adalah perbuatan bid'ah dari banyak bid'ah yg sedang dilakukan terhadap alQur'an. Sedangkan bid'ah2 terhadap alQur'an itu, kita belum berjaya menghapuskan dan ditambah pula dgn bid'ah yg baru. [Bid'ah ialah sesuatu yg baru yg diada-adakan dalam urusan agama kita yg tiada asalnya] AlQur'an adalah mukjizat dan ia tidak memerlukan hiasan zahir untuk menarik perhatian manusia kepadanya. Banyak lagi cara lain mendorong kanak2 mencintai alQur'an. Misalnya, jika dia berjaya menamatkan Juz Amma diberi hadiah, jika berjaya menghafal 10 surah, diberikan hadiah dan ganjaran, dsbnya, tapi tak usahlah di ubah musyhaf itu kerana menyalahi amalan kaum salaf. Juga dgn kaedah ancaman dan memukulnya jika enggan. Mereka masih rebung dan kita perlu sedikit ketegasan dalam mendidik mereka tanpa melayan nafsu dan kenakalan mereka. WaLlahu a'alam