SJ-2131: senseng seluar & duduk ketika azan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2131: senseng seluar & duduk ketika azan

1) apakah hukum menyinsing seluar/kain..hingga nampak buku lali..adaka ia perlu dilakukan sblm solat..jelaskan..

2) semasa azan adakah boleh sorang muslim itu duduk kerana sampai di masjid semasa azan dilakukan..dan apakah hukumnyer jika dia berdiri pulak?

3) bolehkanh solat sunat tahyatul masjid semasa azan dilaungkan..?

Re: SJ-2131: senseng seluar & duduk ketika azan

Jawab:
1. Tidak perlu kerana mafhum larangan hadis Bukhari-Muslim itu ditujukan kepada golongan bangsawan yg memakai gaun labuh mengheretnya dengan kesombongan (Nailul Awthor, 2/111)
baik menurut fiqh Syafi'iy kerana mengikuti kandungan hadis larangan itu dgn hukum makruh melabuhkan kain di bawah paras buku lali (Raudhah Nadhiah, 2/216)
2. Tidak harus duduk menurut Syafi'iy kerana kehilangan pahala solat tahyatul mesjid, disukai berdiri dan mengikuti bacaan mu'azin dan selesai azan tunaikan tahyatul mesjid. Jika terus duduk pun boleh menurut Hanbaliah dan Zahiri. (Fiqh Islami)

3. Tidak boleh menurut Syafi'iyah dan sah solat itu menurut Hanbaliah dan Zahiriah tapi berdiri hingga azan selesai dan mendapat dua pahala: pahala mengikuti seruan azan dan mengulanginya dan pahala solat sunat tahyatul mesjid. Ibid
P/S: sudah dijawab sebelum berserta dalilnya. WA