SJ-2158: Kenduri

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2158: Kenduri

Apakah hukum menghadiri kenduri Walimatl Urus

Jika tempat itu jauh, apakah wajib kena pergi?
Cth: Saya di P. Buntar dan kenduri di KL

Re: SJ-2158: Kenduri

Jawab:
Hukum memenuhi undangan itu wajib.
Dalil: HR Ibn Majah dari Ibn Umar ra," (sabda) B/siapa yg diundang utk menghadiri majlis walimah, hendaklah dipenuhi."
(Kifayah alAkhyar, Imam Taqiyyudin alHusaini, 2/146)

Syarat2 jatuhnya kewajipan hadir:
1. undangan itu bersifat umum bukan jemputan pilih kasih.
Dalil: Bukhari-Muslim,"seburuk-buruk jemputan makan ialah dalam majlis walimah, undangan hanya utk orang kaya, tapi orang miskin ditinggalkan."
2. Undangan dilakukan sendiri oleh pengundang atau wakilnya
3. jemputan yg bebas dari muslihat atau kepentingan (alHusaini, 2/147)
4. majlis bersih dari aturcara mungkar

Jika ada uzur atau bertindihnya jemputan, hendaklah dihubungi orang yg menjemput dan minta kema'afan kerana tidak dapat hadir. (alHusaini, ibid, 150) WA