SJ-2175 : Hukum meninggalkan solat Jumaat .

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2175 : Hukum meninggalkan solat Jumaat .

Assalamualaikum.......

Saya ingin bertanya apakah hukum org yg meninggalkan solat fardu Jumaat lebih daripada tiga kali berturut2.Bagaimana pulak hukum security yg jaga shopping kompleks yg tidak Jumaat tu?Sekian diharap penjelasan ke atas kedua2 soalan ini.

Re: Hukum meninggalkan solat Jumaat .

:salam

ana nak tumpang sekaki, nak tanya !!

(i) bagaimana dengan pak polisi yang sibuk jaga lalu-lintas di depan masjid negara /dan beberapa masjid lainnya, dan yang sibuk jaga orang-orang besar di masjid tapi tak sibuk nak solat Jumaat? Bagaimana dengan pak polisi yang berada di balai-balai polis yang sibuk jaga macam-macam? :dollar

(i) kenapa mesti "tiga kali Jumaat". kenapa tak sekali, dua kali atau lima kali? Apa sumbernya?

:hanged

:wassalam

Re: SJ-2175 : Hukum meninggalkan solat Jumaat .

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Insyaallah kami akan cuba menjawab soalan berikut dari Pedang_Malam dan Jawana dengan kadar kekurangan dan kemampuan yang ada.

Sebelum kita melihat kepada persoalan diatas, perkara pokok yang perlu dilihat disini ialah, apakah hukum solat Jumaat? Ijma' ulama mengatakan bahawa Solat Jumaat adalah wajib atau fardu 'ain (sila lihat Bab kefarduan Solat Jumaat didalam Fiqh Al-Islami - Jilid II, Kitabu Fiqhu A'la Al-Mazaahibi Al-Arba'ah - Jilid I, Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth wa’l-Ifta’, 8/178, 8/185, 8/186). Malah Dr Wahbah Zuhaily[1] mengatakan bahawa mereka yang meninggalkannya adalah kafir kerana dalil kewajipannya adalah qat''i.

Disebabkan solat Jumaat ini terlalu penting, maka kerfarduannya dianggap begitu Agung didalam Islam. Ibn Al-Qayyim didalam buku Zaad al-Ma'aad (1/376) mengatakan bahawa :

[="#0000ff" size="3"]ÕáÇÉ ÇáÌãÚÉ åí ãä ÂßÏ ÝÑæÖ ÇáÅÓáÇã ¡ æãä ÃÚÙã ãÌÇãÚ ÇáãÓáãíä ¡ æåí ÃÚÙã ãä ßá ãÌãÚ íÌÊãÚæä Ýíå ¡ æÃÝúÑóÖõå Óæì ãÌãÚ ÚÑÝÉ ¡ æãä ÊÑßåÇ ÊåÇæäÇ ÈåÇ ØÈÚ Çááå Úáì ÞáÈå ÇåÜ
"Solat Jumaat adalah merupakan salah satu kefarduan yang terpenting didalam Islam, dan ia merupakan perhimpunan umat islam yang teragung. Jumaat adalah lebih mustahak dan lebih fardu dari mana-aman perhimpunan disamping Hari Arafah. Barang siapa yang melalaikannya, Allah akan mengunci hati-hati mereka".

Persoalan yang Sdr Pedang_Malam dan Jawana bawa, iaitu mengenai mereka terpaksa bekerja (kerana periuk nasi yang halal) dihari dan waktu solat Jumaat diadakan, pernah dikeluarkan fatwanya oleh Pejabat Lajnah Penyelidikan dan Fatwa Saudi, fatwa bernombor 2/443 bertarikh 24/3/1497H dan dicetak kembali didalam Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth wa’l-Ifta’ - 8/188, fatwa no:1593[2], berbunyi:

"Pada asalnya, solat Jumaat ada wajib! Allah swt telah berfirman :

[="#ff00000" size="3"]íÇ ÃíåÇ ÇáÐíä ÂãäæÇ ÅÐÇ äæÏí ááÕáÇÉ ãä íæã ÇáÌãÚÉ ÝÇÓÚæÇ Åáì ÐßÑ Çááå æÐÑæÇ ÇáÈíÚ Ðáßã ÎíÑ áßã Åä ßäÊã ÊÚáãæä
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" [al-Jumu’ah 62:9]

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibn Mas'ood bahawa Nabi saw bersabda mengenai mereka yang gagal menyertai solat Jumaat :"Saya telah diajar mengajar lelaki memimpin manusia didalam solat, maka saya sepatut membakar rumah-rumah lelaki-lelaki yang gagal menyertai solat Jumaat" [="#800000" size="4"]{áÞÏ åããÊ Ãä ÂãÑ ÑÌáÇð íÕáí ÈÇáäÇÓ ¡ Ëã ÃÍÑÞ Úáì ÑÌÇá íÊÎáÝæä Úä ÇáÌãÚÉ ÈíæÊåã }[/b]- (Ahmad, 1/402; Muslim, 1/452). Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah dan Ibnu Umar bahawa mereka mendengar Nabi saw bersabda diatas mimbar: "Ada dikalangan kaum/mereka yang patut berhenti mencuaikan Jumaat, atau Allah swt akan kuncikan (peteri) hati-hati mereka, maka sudah pasti mereka dikalangan mereka yang lalai (Ghaafiliin)" [="#800000" size="3"] {áíäÊåä ÃÞæÇã Úä æÏÚåã ÇáÌãÚÇÊ Ãæ áíÎÊãä Çááå Úáì ÞáæÈåã Ëã áíßæää ãä ÇáÛÇÝáíä }. Bersependapat ijma' ulama' berkenaan dengan ini, akan tetapi jika seseorang yang telah diwajibkan keatasnya Jumaat mempunyai sebab-sebab syarie , seperti mereka yang pada masa Jumaat itu bertanggung jawab keatas keselamatan, lalu-lintas, sistem perhubungan/komunikasi dan sebagainya, dimana giliran kerjanya ialah pada waktu panggilan terakhir solat jumaat ataupun solat berjemaah - maka sesungguhnya orang ini diberi keuzuran untuk tidak bersolat Jumaat atau solat jemaah, kerana umum maksud Firman Allah swt :

[="#ff00000" size="3"]ÝÇÊÞæÇ Çááå ãÇ ÇÓÊØÚÊã
"Maka bertaqwalah pada Allah semampu kamu" -[Taghaabun 64:16]

Nabi saw bersabda : "Apa yang aku larang kamu [melakukannya], elakkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan, lakukan sedaya kemampuan kamu"

[="#800000" size="3"]{ãÇ äåíÊßã Úäå ÝÇÌÊäÈæå ¡ æãÇ ÃãÑÊßã Èå ÝÃÊæÇ ãäå ãÇ ÇÓÊØÚÊã }
. Lagi pun orang yang sebegini tidak ada sebab-sebab lain, melainkan sebab takur akan akibat keatas dirinya atau hartanya, atau perkara yang berkaitan dengannya, dimana ulama' sesungguhnya telah memberi keuzuran tidak bersolat jumaat atau jemaah keatasnya, asalkan sebab-sebab itu wujud. Selain itu Tidak gugur Fardu Zohor keatasnya, bahkan ia hendaklah solat menurut waktunya, dan bilamana ia boleh melakukan berjemaah, maka wajiblah keatasnya melakukannya sebagaimana wajib keaatas solat 5 waktu." - tamat petikan Fatwa -

---------------

1. Fatwa diatas telah memberi keuzuran kepada mereka yang terpaksa bekerja diwaktu tersebut, seperti security guard, polis, askar dan sebagainya. Tetapi Solat Zohor masih WAJIB keatasnya! Bagi mereka-mereka yang tidak aka keuzuran, maka Solat Jumaat adalah fardu 'ain.

2. Timbul persoalan, 3 kali ke atau berapa kali? Dari dalil mana pula? Dilihat dari fatwa dan kenyataan ulama', kewajiban solat Jumaat ini, macam solat fardu yang lain. Wajib keatasnya setiap minggu. Wajib keatas semua kaum Adam, kecuali mereka yang uzur ataupun sebagaimana yang dinyatakan didalam fatwa diatas. Cuma, ada hadith yang menkonfirmkan bahawa, kalau tinggal jumaat 3 Kali, maka sudah pasti Allah akan 'mempeterikan/kuncikan' hati seseorang itu.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abi Al-Ja'ad Al-Damari, sahabat Nabi saw, bahawa Nabi bersabda :

[="#800000" size="3"]{Úä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá : ( ãä ÊÑß ËáÇË ÌãÚ ÊåÇæäÇ ÈåÇ ØÈÚ Çááå Úáì ÞáÈå ) . ÑæÇå ÃÈæ ÏÇæÏ (1052) æÕÍÍå ÇáÃáÈÇäí Ýí ÕÍíÍ ÃÈí ÏÇæÏ (928) . }
"Barangsiapa yang melalaikan 3 kali Jumaat, Allah akan menguncikan hati mereka" - riwayat Abu Daud 1052, disahihkan oleh Al-Albani didalam Sahih Abu Daud, 928.
----------

wallahu 'alam

-wassalam-

Rujukan :

1. Dr Wahbah Al-Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa 'adillatuh - jilid II. Cetakan ke 3.Beirut : Dar Al-Fikr, 1989.
2. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth wa’l-Ifta’ - Jilid 8. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000. ms.189

خيرالأمين