:salam
Semasa sekolah saya diajar qada solat jika tertinggal dan ia memangpun menjadi amalan, bila tertinggal solat, maka saya akan qada. baru2 ini, akibat lalai saya terlupa menunaikan zakat fitrah. bila bertanya kpd ustaz, katanya boleh di qada kan. latest sekali, baru2 ini, saya belajar hadith ahkam , kitab subulussalam. saya tanyakan kembali soalan tersebut kerana qada zakat agak janggal pada saya. dan jawapan ustaz, mana ada qada zakat. qada solat pun takde. katanya, bid'ah. bolehkah ustaz terangkan, kenapa ada yg mengatakan boleh qada dan ada yg menafikan qada. dari manakah kedua2 pihak mendapat sumber hukum, terutamanya yg menyatakan adanya qada.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-2187: tiada qada dalam ibadah
Primary tabs
Wed, 04/06/2003 - 12:39am
#1
SJ-2187: tiada qada dalam ibadah
:wassalam
Jawab:
Ustaz yg mengatakan adanya Qadha itu ialah ustaz madzhabi (aliran madzhab), manakala yg mengatakan tiada Qadha itu dari aliran Fiqh Sunnah atau Fiqh Hadis. Jika anda ulang alik antara dua aliran ini, maka anda akan terduduk dan bingung! Mujurlah anda datang kepada kami yg bisa sahaja menemukan dua golongan ini dan menjernihkan semula kepada anda. Inilah penjelasanya.
Qadha Solat:
a. Hukum qadha solat yg luput dgn sengaja adalah batil dan bid'ah dhalalah. Ini pendapat kaum Zahiri (Daud dan Ibn Hazm), Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Salafiyah Saudi Arabia dan Imam Syawkani.
Dalil: S. Maryam: 59-60; al Ma'uun: 4-5 dan Talaq: 1
Dalil-dalil hadis semuanya mengisyaratkan Qadha hanya bila berlaku illat lupa atau tertidur sahaja.
b. Pendapat Jumhur fuqaha' (empat madzhab besar) pula menetapkan adanya hukum qadha bagi solat yg luput dgn sengaja. Cara menetapkan hukum qadha ini dgn QIAS. Jika solat yg luput dgn sebab tertidur dan lupa diwajihkan qadha, maka apatah lagi jika ditinggalkan dgn sengaja bertambahlah wajibnya.
Manakah pendapat yg lebih kuat atau rajih?
Thtl memilih pendapat pertama kerana ibadah mesti thabit dgn nas. Tapi jika anda ingin kekal dgn pendapat jumhur juga boleh kerana kemuktabaran empat madzhab fiqih yg masyhur itu.
Qadha Zakat Fitrah:
a. Tiada Qadha bagi zakat fitrah yg luput waktunya baik secara sengaja atau lupa kerana waktunya yg sudah dimaklumi dan cukupnya peringatan. Jika luput waktu, jika dikeluarkan menjadi sedeqah sebagaimana sedeqah yg lain. Inilah pendapat ahli Hadis dan Zahiri serta Salafiyah (Syaykh Ali Hasan Abdul hameed, Ahkam 'Iidayn)
b. Jumhur fiqh madzhab mewajibkan qadha' zakat fitrah yg luput waktunya dgn kadar segera tanpa tangguh. (Imam Nawawi, alMajmu': 6/115; Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughny: 3/66)
Pendapat yg rajih:
Lagi sekali madzhab ahli hadis.
Dalilnya: HR Abu Daud, dan Ibn Majah dari Ibn Abbas ra," Barangsiapa yg menunaikan (zakat) sebelum solat, diterima zakatnya, b/siapa yg menunaikan selepas itu, maka ia sekadar sedeqah shj"
Tapi beramal dgn pendapat jumhur juga valid dan sah kerana kemuktabarannya. WA