:salam
Dalam jawapan ustaz mengenai Masbuq , dalam hal ini apa kah hukumnya bagi orang yang hendak berimamkan seorang yang jugak dalam keadaan masbuq..
Atau dalam versi ceritanya..
A baru sampai ketika Jemaah sedang sembahyang dan beliau pun masbuq... Selesainya jemaah menunaikan solat, dan A pun bangun untuk menyudahkan sembahyangnya.. Pada ketika itu, B pula sampai.....
Apa hukumnya jika B masbuq kepada A? Kerana jawapan Ustaz pada SJ lepas tidak begitu terang..
Satu lagi.. bagaimana cara yang paling afdal untuk kita ber'masbuq'kan kepada seseorang?
Adakah selepas takbir baru mencuit bahunya?
Adakah sebelum takbir?
Adakah pula hanya dengan menyaringkan takbir sahaja dengan niat untuk memberitahu yang kita hendak berimamkan kepadanya?
Sekian.. terima kasih..
:wassalam
:wassalam
Jwb:
1. Masbuk atas Masbuk ini merupakan amalan umat Islam mutaakhirin. Amalan salaf assoleh ialah mereka punctual mendirikan solat berjama'ah di mesjid jami' dgn Imam tetap dan selepas itu makruh mendirikan solat jama'ah yg baru selepas selesai solat jama'ah dgn Imam yg resmi. Masbuk ini jika disengajakan dan menjadi tabi'at adalah perbuatan bid'ah dan kurang disiplin diri.
2. berimamkan si masbuk yg berdiri menghabiskan solatnya bila Imam tetap memberi salam tidak boleh menurut jumhur kerana tidak boleh berimamkan orang yg bertaraf makmum. Madzhab Syafi'iy menurut satu qaulnya boleh (Fiqh Islami)
3. Amalan salafiya (Ibn Qayyim, Ahkam asSolah): yg baik ialah menunggu seketika supaya jika ada orang lain yg juga lewat, maka hendaklah mendirikan solat yg baru. Jika tidak ada, boleh meminta jasa baik orang yg baru tamat solat menemani kita dan solatnya dianggap sedeqah. Jika tidak ada, maka solatlah seorang diri. WA