Assalamualaikum…
Ana ada sedikit kemusykilan berkaitan sejarah Islam…
Benarkah Yazid b Muawiyah begitu jahat dan kejam sebagaimana yang digambarkan dalam kisah sejarah yang mengatakan Yazid telah menghalalkan bumi Mekah selama 3 hari untuk tenteranya berbuat maksiat dan kejahatan sebagai meraikan kejayaan pasukannya merampas Mekah?
Benarkah bola sepak itu merupakan kesinambungan daripada peristiwa kepala Saidina Husin dipancung di Karbala’?
Bolehkah pihak al-ahkam terangkan serba sedikit rentetan pristiwa yang berlaku di sekitar perbalahan antara Saidina Ali dan Muawiyah sehinngga timbul perpecahan di kalangan mereka..? Sebelum ini saya ada mendengar yang Ustaz Asri, menerusi laman web Dewan Pengajian Ibnu Qayyimnya ada menghuraikan tentang kekeliruan mengenai sumber sejarah ini…. Dan saya ingin merujuk di situ baru-baru ini… tetapi, ada sesuatu yang tak kena dengan laman web tersebut…. Mungkin lama tak di update kot? Yelah kan… Us. Asri ni kan sibuk sangat…..takpe… kita semua memahami….
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ - 2341 : SEJARAH ISLAM YANG SEBENAR
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VhounterJr di atas soalan yang dikemukakan itu . Maafkan kami kerana terlewat membalasnya memandangkan masih banyak tugas harian dan tugas-tugas lain di al-Ahkam.net ini yang perlu kami utamakan terlebih dahulu .
MENGENAI SEJARAH ISLAM YANG SEBENAR [/b]
Kita selaku umat Islam mestilah mempunyai fikrah ( idea ) dan syaksiah ( jatidiri ) yang berbeza dengan umat bukan Islam . Kalaulah orang-orang bukan Islam selalu berhujah dengan meletakkan Sains dan Sejarah di martabat termulia sekali , maka umat Islam pula tidaklah begitu .
Umat Islam tanpa mengira martabat apakah mereka , apakah latar-belakang pengajian mereka TIDAK DAPAT TIDAK ( MESTILAH ) meletakkan kalam Allah Ta’ala ( Al-Quranul Karim ) dan sabda Baginda Rasulullah s.a.w ( Hadist-Hadist sahih ) di martabat ( tempat ) tertinggi sekali . Dan mana-mana dasar dan wasilah , prinsip & taktik yang bertentangan dengan kedua-dua sumber tertinggi ilmu dan undang-undang umat Islam ini , maka WAJIBLAH DITOLAK .
Begitulah juga wahai saudaraku ,
Jika ada mana-mana pihak cuba mengetengahkan mana-mana sejarah yang menceritakan keburukan dan kejahatan sebahagian Para Sahabat r.a ataupun anak-anak mereka , maka ketahuilah itu semua bukanlah sejarah , bahkan itulah dongeng-dongengan purbakala ( Asturoh Qadimah / Asatir al-Awwalin ) !!! .
Sebab apa kita berkata demikian ? .
Sebab bagi kita – masyarakat yang telah dibesarkan dengan Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah – semua para sahabat r.a itu adalah ‘UDUL ( adil dan saksama ) .
Berbalik kepada soalan saudara ;
Khalifah Yazid Bin Saidina Mu’awiyah r.a BUKANLAH PEMBUNUH Saidina Hussein r.a . Yang membunuh beliau r.a adalah puak SYIAH itu sendiri setelah mereka berpaling tadah daripada berjuang bersama-sama Saidina Hussein r.a .
Itulah kisah Syiah di zaman lampau .
Di zaman mutakhir pula , Syiah sengaja MELABELKAN jenayah durjana ini kepada batang-tubuh Khalifah Yazid rh agar Syiah dapat “ mencuci kembali “ tangan-tangan mereka yang telah dipenuhi darah cucu Baginda Rasulullah s.a.w itu ( Saidina Hussein r.a ) dan agar dapat “ merobek-robek “ kekuatan umat Islam .
Mengapakah Khalifah Yazid rh yang dipilih oleh Syiah untuk menjadi mangsa mereka dan target kedurjanaan mereka !? .
Sebab beliau adalah anak kepada Saidina Muawiyah r.a . Dan Saidina Muawiyah r.a pula adalah salah-seorang penulis wahyu . Jadi ( menurut Syiah ) : “ Bagaimanakah kita hendak beriman lagi dengan isi-isi Al-Quranul Karim yang ada sekarang apabila ianya disalin dan ditulis oleh seorang yang mempunyai anak yang begitu keji dan jahat itu ??? “ .
Ertinya Syiah hendak meracun pemikiran kita agar kita tidak beriman dengan Al-Quranul Karim .
Kita sendiri belajar Tauhid ( Aqidah ) di antara keimanan kita ialah semua para sahabat r.a itu adalah ‘UDUL ( Adil dan saksama ) dan mereka itu semua diberikan gelaran oleh Allah Ta’ala sendiri dengan gelaran “ RADHIYALLAHU ‘ANHU “ ( ÑÖí Çááå Úäå ) . Ini berdalilkan firman Allah Ta’ala :
æóÇáÓøóÇÈöÞõæäó ÇáÃóæøóáõæäó ãöäó ÇáúãõåóÇÌöÑöíäó æóÇáÃóäÕóÇÑö æóÇáøóÐöíäó ÇÊøóÈóÚõæåõã ÈöÅöÍúÓóÇäò ÑøóÖöíó Çááøåõ Úóäúåõãú æóÑóÖõæÇú Úóäúåõ æóÃóÚóÏøó áóåõãú ÌóäøóÇÊò ÊóÌúÑöí ÊóÍúÊóåóÇ ÇáÃóäúåóÇÑõ ÎóÇáöÏöíäó ÝöíåóÇ ÃóÈóÏðÇ Ðóáößó ÇáúÝóæúÒõ ÇáúÚóÙöíãõ
Ertinya : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar “ – Ayat 100 , Surah At-Taubah .
áóÞóÏú ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäö ÇáúãõÄúãöäöíäó ÅöÐú íõÈóÇíöÚõæäóßó ÊóÍúÊó ÇáÔøóÌóÑóÉö ÝóÚóáöãó ãóÇ Ýöí ÞõáõæÈöåöãú ÝóÃóäÒóáó ÇáÓøóßöíäóÉó Úóáóíúåöãú æóÃóËóÇÈóåõãú ÝóÊúÍðÇ ÞóÑöíÈðÇ
Ertinya : “ Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon , maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya) “ – Ayat 18 , Surah Al-Fath .
Allah Ta’ala ajar kita Para sahabat r.a itu SEMUANYA adalah ‘adil dan saksama serta tidak boleh diragui kesetian mereka terhadap Allah Ta’ala , Rasul-Nya s.a.w dan agama-Nya .
Tapi Syiah ajar kita : Para sahabat r.a HAMPIR KESEMUANYA murtad , penjenayah dan mempunyai anak-cucu yang jahat dan zalim .
Sejarah Islam yang dipalsukan oleh Orientalis Yahudi & Kristian juga memberikan teori-teori yang sama 100 % dengan syiah ! .
Kalau bertentangan di antara ajaran Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w dengan sejarah yang ditulis , maka ajaran siapakah yang lebih patut diambil dan diterima pakai !? .
***********************************
Mungkin saudara terasa agak pening dan keliru ( semabo ) dengan pelajaran Sejarah yang dikemukakan di sekolah .
Ya , saya pun begitu juga dahulu . Ketika saya belajar SEJARAH ISLAM S.T.P.M , guru saya juga mengatakan hal yang sama . Saya “ naik angin “ dan cuba berdebat dengan beliau dan cuba membetulkan kata-kata beliau .
Guru tersebut adalah di antara guru yang saya cukup sayang dan sanjung sehingga ke hari ini kerana beliau jugalah yang banyak mendidik saya mengenal Ilmu Tajwid al-Quranul Karim .
Tapi dalam Ilmu Tajwid , memang saya akui kehebatannya dan kebenarannya ( masakan tidak sebab anak-anak murid beliau sendiri banyak yang bergelar juara ) .
Tapi di dalam bidang Sejarah Islam , nampaknya masih banyak yang perlu ditampung kelemahannya .
Saya akan mengimbas kembali ( setakat yang saya masih ingat ) dialog saya dengan beliau .
Beliau tanya saya : “ Kenapa kamu tidak percaya yang Khalifah Yazid ini begini teruk perangainya ? “ . ( Ini ditanya apabila saya bertemu dengannya one by one sejurus selepas saya berdebat ringkas dengannya di dalam kelas ) .
Saya jawab : “ Maafkan saya ustaz , mungkin saya agak terkasar tadi dengan ustaz “ .
Beliau jawab : “ Tak apalah , sebab saya pun terkasar dengan kamu tadi “ .
Saya sambung : “ Ustaz , saya bukan tak percaya dengan ilmu ustaz , tapi ada beberapa perkara yang menyebabkan saya tidak selesa dengan apa yang kita bincangkan tadi di dalam kelas “ .
Beliau tanya saya : “ Hmm…apa dia ? “ .
Jawab saya : “ Begini ustaz . Saya tidak peraya dengan isi-isi buku itu kerana :
{ 1 } – Buku itu ( SEJARAH ISLAM STPM – Terbitan Pustaka Fajar Bakti ) ditulis oleh seorang yang kita sama-sama kenali . Penulisnya bukanlah reti B. Arab untuk merujuk masalah-masalah ini . Apatah lagi syaksiah guru tersebut , ustaz pun dah maklum .
{ 2 } – Kebanyakan buku yang ditulis oleh penulis itu ( Cikgu Abdul Aziz Yunus @ Cikgu Arjuna ) merujuk kepada buku HISTORY OF ARAB yang ditulis oleh Phllip H. Hitti . Walhal Philiip H. Hitti ini ternyata seorang orientalis yang paling merbahaya bagi umat Islam .
{ 3 } – Teori-teori yang dikemukakan bertentangan pula dengan Al-Quranul Karim dan As-Sunnah ( sebagai mana yang saya tulis di atas . Sila rujuk ) .
{ 4 } – Ini semua taktik-taktik Syiah dan Yahudi-Kristian untuk meracuni kita .
Apabila guru saya mendengar hujah-hujah saya , beliau pun berkata : “ Sebenarnya saya pun tidak terfikir hal ini dan saya akui saya pun sebenarnya tidak berilmu di dalam bidang ni . Tapi macam mana kamu tahu semua hal tu “ .
Saya jawab : “ Alah ustaz , saya ni pun bukanlah pandai . Cuma , alhamdulillah saya adalah juga membaca beberapa buku mengenai bab ni . Tambahan pula saya jarang-jarang sekali pernah tanyakan hal ini kepada Al-Fadhil Ustaz Asri Yusuf yang tinggal dekat USM tu “ .
Beliau berkata : “ Oh ! , baguslah begitu . Maafkanlah saya tadi ya “ .
Saya jawab : “ Eh ustaz ! , jangalah begitu . Patutnya sayalah yang perlu memohon maaf kepada ustaz kerana saya tadi – di dalam kelas – terkasar sedikit dengan ustaz “ .
Akhirnya , apabila tiba akhir tahun dan apabila diumumkan keputusan peperiksaan , Ustaz tadi memanggil saya : “ Hah ! amacam dengan result Sejarah Islam ? “.
Saya pun tunjukkan kepada dia slip result saya , dan beliau tersenyum dan berkata : “ Bagus ! , macam inilah anak murid aku “ .
Saya dan rakan-rakan saya di sekelilingnya tersenyum lalu tertawa .
Alhamdulillah , saya tidak sama sekali bermaksud hendak RIYA’ ( Wal’iyadzubilLahi Min Dzalik ) , tapi berkat ajaran dan didikan ustaz tersebut , saya mampu mendapat markah tertinggi di dalam pengajian Sejarah Islam .
Motif saya mengimbas kembali nostalgia silam di awal 90’an itu kepada Saudara VhountenJr ialah :
1 – Kita sebagai murid ( sama ada di sekolah ataupun di universiti ) TIDAKLAH WAJIB BERTAQLID MEMBUTA-TULI dengan segala ilmu yang didedahkan kepada kita . Malahan sejak di zaman sekolahlah , kita mesti mempersiapkan diri kita semua belajar “ menyaring dan menyemak kembali “ ( tahqiq dan tarjih ) segala ilmu-ilmu yang “disuapkan” kepada kita. Kerana semua ilmu-ilmu itu adalah laksana bahan mentah ( bahan asasi ) yang perlu ditapis terlebih dahulu .
2 – Boleh berbincang , hatta berdebat dengan guru-guru sendiri , akan tetapi demi mencari kebenaran dan keadilan . Bukannya untuk menunjuk-nunjuk ( Riya’ ) dan bukan pula untuk menjatuhkan maruah guru-guru kita .
3 – Silibus ( sukatan pelajaran ) pelajaran-pelajaran agama khasnya perlulah sentiasa diawasi dan dikemas-kinikan daripada masa ke semasa . Saya sendiri telah menyuarakan hal ini kepada pihak YIK sebanyak dua kali ( termasuklah bhg kurikulum pelajarannya ) . Buku “ SEJARAH ISLAM STPM “ yang disusun oleh Cikgu Abdul Aziz Yunus ( Arjuna ) itu sepatutnya tidak digunakan sebagai teks pengajian Sejarah Islam kerana mudharatnya lebih besar daripada manfaatnya .
4 – Kita mestilah membuktikan kepada guru-guru kita khasnya bahawa kita boleh berjaya mencapai tahap kematangan ilmu . Di saat itu , barulah mereka tidak segan-silu hendak mendengar hujah-hujah kita .
5 – Ilmu pengetahuan ini tidak didapati sekaligus , bahkan secara sedikit demi sedikit . Ianya menjadi semakin matang apabila makin banyak dituntut , diperbahaskan dan apabila umur semakin matang .
Mungkin saudara sekarang masih tertanya-tanya : “ Bagaimanakah hendak mengenal Sejarah Islam yang sebenar ? “ .
Saya pula akan menasihati saudara : “ Bersabarlah , belajar sungguh-sungguh sampai layak untuk menyambung pengajian ke perngkat lebih tinggi lagi . Dan di masa itu lebih banyak ilmu-ilmu baru akan didedahkan kepada kita “ .
Saya mendoakan Saudara VhounterJr akan dapat memanfaatkan sebaik mungkin ilmu-ilmu yang dituntut dan dapat pula menjadi salah seorang ulama’ tanah air yang memberikan jasa yang besar kepada agama , bangsa dan tanah air tercinta . Amin Ya Rabba ‘Alamin .
Untuk lebih menambah maklumat saudara mengenai hal ini , sila klik di mana-mana url berikut :
SJ - 2116 : ABDULLAH BIN SABA' , PERSELISIHAN PARA SAHABAT ( R.A ) , SIKAP AHLUS SUNNAH DAN SYI'AH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9353
SYIAH PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN DI KARBALA
http://ibn-qaiyim.al-ahkam.com.my/cgi-bin/newscenter/viewnews.cgi?category=6&id=1026880644
SANGGAHAN LAGI KEPADA SAUDARA NURM : SYIAH SIBER !!!
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB11&Number=6417
Pembohongan Syiah Di Dalam Sejarah Islam
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=10151
http://hasrizal.tripod.com/article/syiah.htm
SJ - 2070 : MENGENALI ALIRAN AKTIVIS & HUKUM SEMBELIHAN SYIAH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9050
SJ - 1987 : DOA MIKRAJ ALA SYIAH ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8519
SJ - 1844 : PARA SAHABAT R.A YANG DIJANJIKAN SYURGA & KELEBIHAN SAIDINA ALI (R.A)
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8035
SYIAH: APAKAH INI DARI AJARAN ISLAM ( BERGAMBAR ) ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=8523
SJ - 2110 : GELARAN " KARRAMALLAHU WAJHAH " BAGI SAIDINA 'ALI ( R.A )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9300
***********************************
Jawapannya : Tidak benar sama-sekali ! . Orang-orang Syiah sendiri akan tertawa jika kata-kata ini dihadapkan kepada mereka .
Lagipun sebagai mana yang kita katakan tadi , bukanlah Khalifah Yazid rh yang membunuh Saidina Hussein r.a .
Bolasepak bukanlah diasaskan oleh Bangsa Arab dan tidak pernah tertulis di dalam lipatan sejarah dunia bahawa Khalifah Yazid r.a adalah salah-seorang jaguh bolasepak ! .
Yang sebenarnya , bolasepak diasaskan oleh Kaum China , Maya , Yunani dan Mesir ( Qibti ) di zaman kuno dahulu .
Bolasepak di zaman moden pula diasaskan oleh orang-orang Inggeris pada kurun ke-19 ( 1862 m ) .
Sila rujuk :
http://www.angelfire.com/sports/ikan/sbola.html
http://wwwwbs.cs.tu-berlin.de/user/tiny/fhistory.html
***********************************
Maafkan kami , topik ini diantara topik yang cukup kami tidak berminat untuk menghuraikannya .
Mengapa kami tidak berminat untuk menerangkannya ? .
Sebab ianya tidak ada faedah langsung . Kedua-dua sahabat r.a itu ( sama ada Saidina ‘Aim r.a ataupun Saidina Mu’awiyah r.a ) adalah di antara manusia yang telah pun diberi gelaran “ sahabat bagi Baginda Rasulullah s.a.w “ .
Dan kita yakin , kedua-dua tokoh tersebut adalah ahli syurga .
Kita – yang masih belum tentu 100 % ke mana akhirnya kesudahan kita – tidak perlu mempertikaikan golongan yang sudah pun dijanjikan dengan kebaikan yang terlalu besar .
Dan untuk mengetahui lebih lanjut lagi , sila ikuti jawapan kami mengenai masalah ini di :
SJ - 2116 : ABDULLAH BIN SABA' , PERSELISIHAN PARA SAHABAT ( R.A ) , SIKAP AHLUS SUNNAH DAN SYI'AH
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9353
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
Sekian . Semoga Ada Manfaatnya Bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
5 / Muharram / 1424 H
8 / Mac / 2003 M
SABTU – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum