:salam
S1. Dari post Fiqh Sunnah
Fardhu kedua: Membasuh muka satu kali, artinya mengalirkan air ke atasnya, karena arti membasuh itu ialah mengalirkan. Batas muka itu panjangnya ialah dari puncak kening sampai dagu, sedang lebarnya dan pinggir telinga sampai kepinggir telinga yang satu lagi.
Adakah dimaksudkan dari petikan di atas tidak memadai meratakan air pada muka? Contohnya seperti telah menakung air dengan kedua tangan kemudian disapukan air itu ke muka. Kemudian bagi tempat2 yg tak terkena air kali pertama itu, diratakan air dengan tangan yang masih basah itu?
S2.
Tentang Re: SJ-2325: Wudhu' (2): Anggota kaki-muka-rambut
Tentang jawapan tuan,
3. Wudhu' sah tapi tidak mendapat pahala sunat jika menyalahi tatacara Nabawi spt yg diriwayatkan oleh hadis2 sahih. WA
Maka adakah maksudnya yang wajib ialah menyampaikan air tetapi sunat sahaja untuk mengikut cara basuhan?
S3. Tentang cara membasuh kepala, adakah boleh sekiranya hanya membasahkan keseluruhan kepala itu tetapi tidak dgn cara bermula dari hadapan kepala kemudian ditarik ke belakang dan kemudian ditarik ke hadapan semula?
terima kasih :D
:wassalam
Jawab:
S1. Dari Kitab Fiqh Sunnah: membasuh muka itu wajib SATU kali basuhan. Sunatnya 3X. Hadis Bukhari (Fathul Bari: 11/312) dan Muslim (# 226) dari Himran bin Aban. Oleh kerana sekarang kita menggunakan sistem air paip, maka ambillah air itu tiga kali dan ratakan air. Madzhab Maliki wajib menggosok (tadlik), tapi jumhur memadai dgn hanya meratakan air.
S2. Cara membasuh kepala itu khilaf.
Ada tiga cara basuhan: Cara Syafi'iyah (memadai dgn menyapu sedikit sahaja) atau Cara Hanafiah (seperempat kepala) dan cara Malikia atau Hanbaliah (seluruh kepala), manakala ahli Hadis ialah tatacara yg spt kita jelaskan dalam SJ-2325
S3: Boleh. kerana jika mengikut Cara Syafi'iyah, hanya menyapu sedikit sahaja. WA