SJ-2413: Wuduk dan Mandi Wajib.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2413: Wuduk dan Mandi Wajib.

Assalamu'alaikum,
1. Setelah selesai mandi (biasa) dan segala anggota badan telah pun dibersihkan, perlukah mengambil wuduk sekali lagi untuk menunaikan solat?
2.Dalam zaman moden ini, semasa mandi akan diselitkan dengan sabun, shampoo dan juga kadang-kadang mencuci muka dgn facial scrub. Soalan saya, bolehkah ketika mandi wajib kita menyabun anggota badan (kecuali kemaluan), shampoo rambut dan mencuci muka dgn facial scrub?
Terima kasih.

Re: SJ-2413: Wuduk dan Mandi Wajib.

:wassalam
Jawab:

1. Jika mandi biasa, hendaklah berwudhu' kerana setiap amal itu hendaklah dgn niat. (Hadis Bukhari dari Umar alKhattab ra)

2. Sabun, shampoo dan facial scrub boleh digunakan (termasuk kemaluan) semasa mandi junub. Dalil: Imam Nawawi (syarah Sahih Muslim: 4/15-16) Aisyah ra meriwayatkan Nabi saw menasihatkan penggunaan daun bidara (Sidrin) ketika mandi janabah kaum wanita. WA