SJ-2415: Asnaf (mustahik) zakat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2415: Asnaf (mustahik) zakat

:salam
Golongan yang mendapat zakat seperti yang terdapat dalam dalil al-quran surah at-taubah terbahagi dlm 8 asnaf, ini juga diterangkan dalam kitab2 fekah, persoalan nya sekarang mentaliti masyarakat kita melihat zakat itu hanya untuk orang miskin sahaja, persoalannya:
1. adakah kriteria untuk pembahagian zakat itu mesti seseorang itu miskin untuk kesemua asnaf?
2. jika seseorang itu mualaf, berapa lamakah status mu'alaf itu buleh dibawanya dalam menuntut haknya dalam pembahagian zakat itu. adakah selama2 nya dia buleh mengambil pembahagian zakat dalam asnaf mu'alaf itu? atau status mu'alaf itu ada had masanya?
3. adakah tindakan majlis agama negeri terengganu memberi zakat pada para pelajar dlm kategori asnaf fisabilillah itu tidak menepati syara' (walaupun semua majlis agama negeri2 yg lain memperuntukan asnaf tersebut)?
4. Buleh tak seseorang itu menuntut hak zakat itu dalam dua asnaf dalam sesuatu masa(memenuhi syarat dlm kedua2 asnaf itu) cth: seorang mu'alaf juga seorang pelajar?
:confused:

:wassalam

Jazakallah

Re: SJ-2415: Asnaf (mustahik) zakat

:wassalam
Jawab:

Dalil Mustahik (Penerima) Zakat: atTawbah: 60

1. Jika kita lihat ayat 60 atTawbah itu, dua asnaf yg pertama disebut ialah faqeer dan miskin. Maka priority utama Dana Zakat ialah fakir dan miskin, sedangkan 6 lagi asnaf tidak disyaratkan miskin. Jika kutipan (dana) zakat itu kecil jumlahnya, maka keutamaan pengagihan ialah pada fakir dan miskin. Ini merupakan pendapat Jumhur (Tafsir alMaraghi pada tafsir ayat ini)
2. Tempoh bantuan bagi mu'allaf tidak dihadkan. Tidak ada nas yg yg menyebut suatu tempoh tertentu. Bahkan ia bergantung pd budibicara Penguasa Zakat atau Badan Pungutan Zakat menimbangkannya) (Dr Qardhawi, FiqhuZakat: ms 563
3. Tindakan Pusat Zakat memberi biasiswa pada pelajar adalah menepati syara'. Lihat kitab Syafi'iy: Nihayah karya Syaikh Ramli: 6/151 dan kitab Hanafi: Radd alMuhktar karya Ibn Abidin Jld 2/340

4. Berapa banyak kadar zakat atau apakah si fulan layak menerima zakat dalam dua kategori itu semua bergantung pada Badan Pungutan Zakat tempatan yg akan meneliti kes demi kes. WA