:salam
Adakah sesuatu pakaian solat itu suci setelah dibasuh bersama-sama dengan pakaian yg lain contohnya apabila kita membasuh dengan menggunakan mesin basuh. Adakah pakaian solat yg dibasuh itu bersih digunakan utk solat? Perlukah kita membilasnya dengan air mutlak sekali lagi keatas pakaian solat itu kerana dikhuatiri mengandungi najis yg lain. adakah, ada najis yg lain?. Minta penjelasan dr ustaz.
:wassalam
Jawab:
[U] Soalan Ulangan
Mesin basuh moden hari ini mempunyai tiga cycle (putaran): Wash-Rinse-Spin (Basuh-Bilas-Kering).Sekurang-kurangnya ada tiga kali kitaran air bersih pada setiap basuhan.
Lagipun pakaian yg dimasukkan dalam mesen basuh hanyalah pakaian yg kotor disebabkan daki dan peluh badan sahaja, tidak ada najis manusia spt tahi dan kencing yg dimasukkan bersama. Maka pakaian solat yg bercampur dgn pakaian yg lain itu boleh dibasuh bersama (dlm satu basuhan)cuma pastikan pakaian putih dibasuh berasingan dari yg berwarna. Itu saja. WA