SJ-2521 : Persoalan Tentang Ibadhi Muslim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2521 : Persoalan Tentang Ibadhi Muslim

:salam

Baru-baru ini saya ada terbuka site tentang negara Oman dan menurut fakta yang saya baca, Oman mempunyai majoriti penduduknya yang mengamalkan Ibadhi Muslim . :confused: :confused:

Bolehkah ustaz-ustaz menerangkan lagi tentang Ibadhi Muslim ini dan apakah perbezaannya berbanding Sunnah Wal-Jamaah. :sumo :sumo

:wassalam

Re: SJ-2521 : Persoalan Tentang Ibadhi Muslim

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr tokusa dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Memang benar bahawa Ibaadhi Muslim merupakan mazhab atau pegangan yang anuti lebih kurang 75% rakyat Oman. Ia dikatakan merupakan mazhab Islam yang terawal, dilihat dari seawal separuh pertama abad pertama Hijrah. Pengikut ramai kini adalah dari kalangan Negara Oman, dimana para Al-Ibaadhiyah [="#800000" size="5"](ÇáÅÈÇÖíÉ)() ini merupakan fahaman majoriti rakyat mereka. Terdapat juga golongan minoriti di Zanzibar, kawasan pantai Timur Afrika, Jabal nafusah dan Zuwarah di Libya, Pulau Jerba di Tunisia dan Was Mzab di Algeria. Mereka dikatakan kumpulan Islam dari fahaman sederhana puak Khaarijis, yang dikatakan berbeza dengan Khaarijis yang eksterim. [1]

Perbezaan umum dengan Ahli Sunnah ialah sikap mereka terhadap para sahabat terutamanya Saidina Othman setelah 6 tahun pemerintahannya dan juga sikap mereka terhadap Saidina Ali semasa beliau berperang dengan Muawiyah. Kumpulan Ibadhi ini tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh mereka ini.

Dari aspek ibadat dan sunnah Nabi saw:-ibadat yang berkaitan dengan sunnah Rasulullah saw, jika ia hanya dilakukan sekali dan tidak berulangkali, tidak dianggap sebagai sunnah oleh Ibadhi, dan menganggap sebagai Rasullah saw mempunyai sebab-sebab lain melakukannya. Maka perkara perbuatan ibadat seperti itu tidak dianggap sebagai sunnah. Contohnya seperti Qunut didalam solat, mengangkat tangan didalam Takbir, mengerakkan jari ketika Tashahud, menyebut Amiin semasa membaca Al-Fatihah, menambah 'Solaat Khiarun mina Al-Noum" semasa azan subuh. Semua perbuatan ini tidak dianggap sunnah.

Musnad Ar-Rabii ibn Habib (sahih) yang ditulis didalam abad ke 2 Hijrah dianggap rujukan yang paling dipercayai/shahih didalam sunnah nabi saw dan kedudukannya lebih tinggi dari Sahih Al-Bhukhari dan Muslim.

Disini kita memetik abstrak dari penulisan berkenaan dengan Ibaadhi ini dari buku Ensaiklopedia Agama dan Mazhab Kontemporari[2](1/63)

==========

1. Definasi

Ibaadhi ialah kumpulan Khaarijis yang dinamakan atas nama pengasasnya Abdullah Ibn Ibaad Al-Tameemi. Mereka mendakwa bahaa mereka bukan Khaarijis (Khawarij), dan mereka menafikan asal ini. Tetapi sebenarnya mereka ini bukanlah Khaarijis yang eksterim seperti Azraqis, tetapi mereka bersetuju dengan Khaarijis didalam banyak isu-isu seperti menafikan sifat Allah, mengatakan Al-Quran dijadikan dan tidak membenarkan menentang pemerintah yang zalim.

2. Siapa yang mengasas Ibaadhi?

Pengasas pertama ialah Abdullah bin Iabad from kumpulan banu Murrah ibn 'Ubayd ibn tameem. Ia dinamakan Ibaad, yang merupakan sebuah perkampungan di Al-Yamaamah yang sekarang ini dikenali sebagai Al-'Aarid. Abdullah berada dizaman Mu'awiyah dan meninggal pada penghujung pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan.

3. Perkara pokok didalam kepercayaan mereka:

- Kebanyakkan buku mereka menafikan sifat-sifat Allah, dimana pada kebanyakkannya mereka lebih mirip kepada Mu'tazilah didalam menyalah tafsirkan sifat-sifat Tuhan. Tetapi mereka mendakwa bahawa pandangan mereka berdasarkan dalil yang terang, apabila mereka mentafsirkan sifat-sifat Allah ini secara metafora. Tetapi sebenarnya pada ahli Sunnah, mereka mentaati dalil dan mengiktiraf Sifat-Sifat Allah, tanpa menafikannya, tidak mendiskusikan bagaimana ianya, atau menyalah tafsirkannya.

- Mereka menafikan orang yang beriman dapat melihat Allah di hari Akhirat

- Mereka mentafsirkan beberapa perkara yang kena mengenai dengan akhirat dan menafikan yang ianya benar, seperti Mizan dan Sirat (** pada mereka sirat ialah pengertian jalan Islam yang lurus, dan bukannya titian sirat).

- Sifat Allah bukanlah tambahan selain dari Zatnya, tetapi ia adalah Zatnya.

- Al-Quran pada mereka dicipta, dan mereka bersetuju dengan Khaarijis didalam hal ini. Al-Ash'ari mengatakan didalam Maqaalaat al-Islamiyyeen (1/203): "Semua Khaarijis mengatakan Al-Quran dicipta".[="#800000" size="3"](æÇáÎæÇÑÌ ÌãíÚÇð íÞæáæä ÈÎáÞ ÇáÞÑÂä )

- Pada pandangan mereka, barangsiapa yang melakukan dosa besar ialah kafir didalam erti kata tidak bersyukur kpada Allah atau menjadi munafik.

- Pada pandangan mereka, manusia dikategorikan kepada 3:

a. Beriman - yang ikhlas didalam aqidahnya

b. Musyrik - yang syiriknya jelas.

c. Mereka yang percaya kepada tauhid dan Islam, tetapi tidak mengamalkannya. Mereka tidak Musyrik kerana masih ada aqidahnya, tetapi mereka tidak mempercayai atau tidak patuh kepada syarat-syarat aqidah, dan ini termasuklah semua orang Islam yang lain didunia ini, kerana mereka percaya akan tauhid, dan termasuklah mempercayai perkara-perkara yang berlaku dihari Kiamat yang dikatakan tidak bertepatan dengan kehendak Tauhid mereka.

- Sesiapa yang melakukan dosa besar ialah kafir dan jika ia melakukannya, dia tidak boleh memasuki Syurga jika ia tidak bertaubat, kerana Allah tidak mengampunkan dosa besarnya melainkan dia bertaubat sebelum kematiannya. Pada Ibaadhi, mereka yang berdosa akan dimasukkan kedalam neraka selama-lamanya, maka ini bersamaan dan dipersetuju oleh Khaarijis dan Mu'tazilah yang mengatakan bahawa orang yang berdosa akan kekal di neraka selama-lamanya.

- Mereka menafikan wujud syafaat bagi mereka dikalangan mempercayai Tauhid jika mereka melakukan dosa besar. Bagi mereka, tiada syafaat yang boleh melepaskan mereka dari neraka.

- Ada dikalangan mereka yang mengkritik Khalifah Uthman, Mu'awiyah bin Abi Sufyan dan Amru Al-'Aas.

==========

Apakah hukum bersolat dibelakang mereka?

Jawatan kuasa tetap Lajnah Fatwa Arab Saudi mengatakan:

[="#800000" size="3"]ÝÑÞÉ ÇáÅÈÇÖíÉ ãä ÇáÝÑÞ ÇáÖÇáÉ áãÇ Ýíåã ãä ÇáÈÛí æÇáÚÏæÇä æÇáÎÑæÌ Úáì ÚËãÇä Èä ÚÝÇä æÚáí ÑÖí Çááå ÚäåãÇ ¡ æáÇ ÊÌæÒ ÇáÕáÇÉ ÎáÝåã .
"Ibaadhi adalah kumpulan yang telah sesat pegangannya kerana sikap mereka menentang Uthman ibn 'Affan(r.a) dan Ali (r.a), dan tidak dibenarkan bersolat dibelakang mereka".[3]

Tetapi terdapat juga ulama' Al-Azhar (Dr Abdul Fatah Asour)[4] yang membenarkan kita bersolat dibelakang Mazhab Ibaadhi dengan alasan:

[="#800000" size="3"]ÝåÐÇ ãÐåÈ áÇ íÎÊáÝ ßËíÑðÇ Úä ãÐÇåÈ ÇáÃÆãÉ ÇáãÔåæÑíä ßÇáÔÇÝÚí¡ æÃÈí ÍäíÝÉ¡ æãÇáß æÃÍãÏ¡ æáÇ ÍÑÌ Úáì ãä Õáøóì æåæ ãÊÈÚ áåÐÇ ÇáãÐåÈ ÝÕáÇÊå ÕÍíÍÉ ÈÍãÏ Çááå¡ æãä íÕáí ÎáÝ ãä íÊÈÚ åÐÇ ÇáãÐåÈ ÝÕáÇÊå ÕÍíÍÉ¡
"mazhab ini tidaklah banyak bezanya dengan fahaman dikalangan Imam yang mashyur seperti Syafie, Hanifa, Malik dan Ahmad, Tidak menjadi kesalahan bersolat dengan pengikut fahaman ini dan sah dengan izin Allah, dan barangsiapa yang bersolat dibelakang pengikut mazhab ini maka solat itu sah".

=====

wallahu'alam

Rujukan :

1. Al-Ibaadhiyah. url : http://www.angelfire.com/ok5/ibadhiyah/index.html

2. Ensaiklopedia Agama dan Mazhab Kontemporari [="#800000" size="3"](ÇáãæÓæÚÉ ÇáãíÓÑÉ Ýì ÇáÃÏíÇä æÇáãÐÇåÈ ÇáãÚÇÕÑÉ). Maktabah Sunnah, 2000.

3. Jawatankuasa Tetap Lajnah Fatwa dan Penyelidikan.[="#800000" size="3"](ÇááÌäÉ ÇáÏÇÆãÉ ááÈÍæË ÇáÚáãíÉ æÇáÅÝÊÇÁ ) Fatwa no: 6935

4. Dr Abdul fatah Asour. Bersolat dibelakang mazhab Al-Ibaadhiyah. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=36079

خيرالأمين