SJ-2566: Bagaimana hendak membantu org yang dah putus harap

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2566: Bagaimana hendak membantu org yang dah putus harap

:salam

Saya ingin minta jasa baik ust-ust dan kengkawan yang lain, membantu didalam menyelesaikan masalah di atas. Saya telah pun berusaha sekadar yang mampu untuk menyedarkan seorang rakan sejawatan tentang qada' dan qadar Allah, juga kepentingan bersolat. Namun semuanya tidak membuahkan hasil. Dari pengamatan saya dari gaya percakapan dan tindak balas rakan saya ini menunjukan dia seolah - olah sudah putus asa.

Barang kali kerana belenggu hutang yang mengikatnya, ditambah lagi pendapatanya yang kecil. Sudah beberapa kali saya cuba nasihatnya sebagai seorang kawan dan sebagai seorang atasannya. Namun tiada hasilnya pun begitu saya masih berusaha menyedarkanya. Wang, harta kebendaan bukan segalanya. Sebaliknya bersyukur dengan pemberianNya dan berusaha mendapat hasil yang halal itu terlebih baik dari bertikam dan toto.
Jadi mungkin ada diantara ust-ust atau kengkawan disini ada cara yang lebih baik dan berkesan.
Wuallahu'alam.Yang benar itu dari Allah dan yang batil itu dari kesilapan dan kelemahan saya sendiri.

Re: SJ-2166: Bagaimana hendak membantu org yang dah putus ha

:wassalam
Jawab:
Anda menyebut kawan anda ini dibelenggu hutang, pendapatan kecil dan anda juga menyebut "bertikam" dan TOTO (tolong orang tipu orang).
Aduhai...jika itulah habitnya; judi. Maka sudah tentu kaki judi akan berhutang dan dibelenggu depressi (gangguan mental) yg kronik.
Maka perubahan yg and harapkan tidak akan berlaku jika empunya diri tidak inginkan perubahan. Selalunya mereka yg jenis ini adalah mereka yg tiada agama. Kerana agama sahaja yg mampu menjadikan manusia berada di atas landasan kehidupan yg soleh.
Maka jawapan kami, jika dia tiada asas utk berubah, utk keluar dari paya yg busuk, maka apa yg dapat kita lakukan. Asas perubahan yg kita maksudkan berada dlm ayat: 13:11 (sesungguhnya Allah tidak merubah nasih sesuatu kaum hatta dia merubah dirinya dahulu). WA