SJ-2623: Ingin Kepastian - Isu kerjaya

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2623: Ingin Kepastian - Isu kerjaya

Saya memperolehi tawaran pekerjaan di sebuah syarikat Telekomunikasi tempatan, syarikat ini dipunyai oleh Syarikat luar negara (61%) dan Berjaya Group (20%). Seperti diketahui Syarikat Berjaya Group ini mempunyai banyak anak syarikat, salah satu nya ialah syarikat yang mengusahakan perjudian. Yang jelasnya syarikat yang mengusahakan perjudian ini memberikan keuntungan yg besar kepada Berjaya Group. Ada kemungkinan nya modal yang disalurkan itu juga datang dari pada keuntungam yang disumbangkan dari syarikat judi tersebut lalu dilaburkan sebanyak 20% bagi menubuhkan syarikat Telekomunikasi bersama Syarikat dari luar negara.
Masalah saya, adakah dibolehkan bekerja di syarikat telekomunikasi tersebut? Pendapatan dikira halal atau haram?

Re: SJ-2623: Ingin Kepastian - Isu kerjaya

Jawab:
Yang ideal bagi setiap mukmin yg bertaqwa hendaklah memilih kerjaya yg 100% halal, tapi apakan daya realiti atau fiqh alwaqe' tidaklah begitu hatta bekerja di sektur awam sekalipun tidaklah 100% bersih dan halal. Persoalan mengenai kerjaya spt Hotel dan Perbankan Konvensional pernah diajukan kepada Prof Dr alImam Yusof alQardhawi, Mufti Qatar dan dianggap mujtahid yg terulung abad ini (lihat Fatawa Mu'asirat)
Ringkasnya: harus anda bekerja di syarikat Telekomunikasi tersebut kerana ia tidaklah secara langsung terjebak dgn dosa besar (maksudnya jikalau anda bekerja di syarikat induk Berjaya spt pegawai Pemasaran Sports-TOTO), maka itulah maksud terlibat secara direct dgn dosa besar, tapi tidak jika berkerjaya dgn anak syarikat Berjaya, antaranya Singer, Cosway, Leisure, Air Asia, dsbnya atau bekerja dgn syarikat yg mana ada saham Berjaya Group)
Dalil2:
a. "Allah menginginkan dengan mu kemudahan dan tidak menginginkan denganmu kesulitan" AQ 2:185
b. "Allah menginginkan utk memberi keringan terhadapmu dan manusia diciptakan dalam keadaan lemah" AQ:4:28
c. Allah tidaklah menginginkan utk menjadikan kesulitan atasmu." AQ:5: 6 WA

Rasional yg lain: Umat Islam dalam keadaan lemah serba serbi, maka manfa'atlah pengalaman dan pendedahan di sektur IT dan Komunikasi demi masa depan Islam juga. Itulah niat yg mesti ada. WA