SJ-2628: Hadis tentang Iman Mahadi / 2 gerhana dlm Ramadan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2628: Hadis tentang Iman Mahadi / 2 gerhana dlm Ramadan

:salam
Al Fadhil Ustaz sekalian, saya ada terima e-mail dan ianya adalah seperti berikut:

Assalamualaikum,
Saya telah mendapat maklumat yang berikut:
Pejabat Penyelidikan Astronomi di Vienna telah dapat mengesan satu keajaiban yg akan berlaku pd 9 & 23 nov.2003,dimana akan terjadi satu
gerhana bulan & satu gerhana matahari pada tarikh2 tersebut tidak lama lagi.
Tarikh itu akan jatuh pada bulan ramadhan 2003.
Bulan Ramadhan akan bermula pada 27 Oktober 2003 & berakhir pada 27 Nov 2003.
Dgn itu tarikh 9 & 23 akan jatuh dalam bulan Ramadan. Gerhana bulan pd 9 Nov 03 akan dapat dilihat di seluruh negara eropah, asia tenggara, benua
Afrika dan amerika, manakala gerhana matahari pd 23 nov 03 dialami penduduk antartika & selatan laut hindi.
Oleh itu kepada sahabat-sahabat sekelian dapat kiranya sesiapa antara kita yang boleh memberi panduan kaitan akan terjadinya gerhana tersebut dengan
fakta dibawah.

Seperti yg diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :
"Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"(Ikmal Al-Din m.s 361)

GuruGranth Sahib (Guru Nanak) dalam kitab yg diamalkan oleh penganut Sikh mengatakan:
Bila Nishkalank Avtar muncul di antara kita, bulan & matahari akan mengalu-alukan kdatangan mereka"

Kitab Injil pula menyebut
"Setelah tiba harinya, bumi gelap tanpa sinar matahari, bulan enggan menyinari malam dan bintang-bintang akan gugur
dr langit syurga"

Di dalam Kitab Taurat Allah juga menyebut dlm ayat 13:10
"Bintang-bintang tidak memancarkan cahayanya, matahari tidak menerangi alam di waktu siang
dan bulan enggan bercahaya"
Masih adakah orang2 yg menolak kebesaran Allah s.w.t... Renungan buat kita semua ..........
Wassalam.

Soalan yg sebenarnya ingin ditanya ialah ttg kesahihan status Hadis di atas.WA

Terima kasih

Re: SJ-2628: Hadis tentang Iman Mahadi / 2 gerhana dlm Ramad

:wassalam

Jawab:
Keempat-empat dalil itu semuanya tertolak:
1. sumber syi'ah
2. sumber Singh/Guru Nanak
3. sumber Bible (New Testament)
4. sumber Taurah (old Testament)

Kita ulangi sumber kita:
1. AQ
2. asSunnah (kitab Hadis Sittah, terutama Bukhari-Muslim)
3. Ijma'
4. Qias
WA