A'kum,
Soalan saya,
Seorang wanita yang telah berkahwin dan tidak mempunya tetapi telah mempunyai hubungan sulit dengan suami orang dan hampir melakukan zina tetapi tersedar kesilapannya dan bertaubat segera. Suami wanita ini tidak mengetahuinya dan wanita ini telah menyesal dan meninggalkan suami orang tersebut untuk memperbaiki semula rumahtangga. Jika wanita itu memberitahu kisahnya kepada suaminya nescaya penceraian mungkin berlaku. Apakah jalan terbaik untuk wanita ini.
Wa'alaikumussalam
Alhamdulilah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang terhad.
a. Jalan yang terbaik telah pun diambil, iaitu Bertaubat. Bila mana anak Adam melakukan dosa kepada Allah swt dan ianya bertaubat dengan Taubat nasuha (yang bersungguh-sungguh), maka Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya, Insyaallah.
Firman Allah swt :
Nasihatkan wanita itu agar memperbanyakkan amal-amal kebaikan, dan sesungguhnya amal-amal ini akan menghapuskan dosa-dosa, sebagaimana yang di riwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud, kata beliau :
Perbanyakkan memohon do'a kepada Allah. Diriwayatkan oleh 2 shahih, Nabi saw bersabda :
b. Apakah perlu wanita tersebut memberitahu suaminya? Jika dilihat dari segi psikologipun, sudah tentu mendedahkan perbuatan yang lampau (sebelum bertaubat) akan mengakibatkan resiko yang tinggi dan ia boleh membawa perceraian. Seorang ulama pernah mengatakan bahawa: "Seorang Islam itu tidak perlu menceritakan dosanya kepada sesiapa" [="#0000ff" size="3"](áÇ íáÒã ÇáãÓáã Ãä íÈæÍ ÈÐäÈå áÃÍÏò Èá áÇ íÓÊÍÈ áå Ðáß ).
Ada riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki yang telah masuk Islam datang kepada Abu Bakar dan memberitahu bahawa dia telah melakukan zina. Beliau berkata ,"Bertaubatlah kepada Allah dan tutupkan dirimu dan tutupan Allah". Kemudian dia telah pergi ke Umar [="#800000" size="3"](ÝÞÇá : ÝÊÈ Åáì Çááå æÇÓÊÊÑ ÈÓÊÑ Çááå Ëã ÃÊì ÚãÑ ßÐáß ..) - lihat Fath al-Baari, 12/125.
Al-Haafiz Ibn Hajar didalam Fath al-Baari, 12/124, 125 berkata:
Seseorang suami juga tidak dibenarkan mengorek cerita-cerita yang lalu, malah ia wajib menutup barang yang Allah sembunyikan, khasnya setalah ia bertaubat dari melakukannya. Di riwayatkan oleh abdullah bin Umar bahawa Rasulullah saw bersabda :
Kesimpulannya apabila wanita tesebut telah Taubat Nasuha (benar-benar taubat),maka hendaklah melakukan amalan-amalan yang soleh dan tidak mendedahkan dosanya kepada orang lain. Bak kata pepatah "Buang yang keruh, ambil yang jenih". Berdo'a kepada Allah swt agar memberi keampunan dan kekuatan kepadanya agar tidak kembali melakukan dosa-dosa yang terkeji dan terkutuk itu.
Wallahu 'alam
-wassalam-
خيرالأمين