:salam
Tuan-tuan panelis web al-Ahkam yang dirahmati sekalian ,
Seseorang yang sedang berjunub (berhadas besar) tidur dan kemudian selepas dia sedar di waktu subuh , dia mendapati bekalan air di rumahnya terputus . Walaupun begitu air yang disimpan masih mencukupi sekadar untuk berwudhuk (tidak mencukupi untuk mandi hadas besar) dan sebagai bekalan air minuman .
i- Adakah dia wajib juga berwudhuk dengan air yang masih ada itu memandangkan dia bukanlah di dalam situasi dharurat? .
ii - Atau , adakah dia tak perlu langsung berwudhuk dan apatah lagi mandi hadas besar tetapi hendaklah diganti dengan tayammum untuk waktu itu shj?. Sebab ada juga ustaz-ustaz cakap dia mesti juga solat di waktu itu dengan cara yang dia terdaya sbg menghormati waktu dan apabila air sudah ada, dia hendaklah mandi hadas besar dan ulangi semula solat tadi .
iii - Atau , dia tidak perlu langsung ambil wudhuk , ataupun tayammum dan juga tidak perlu langsung solat di masa itu (menunggu sampai adanya air barulah dia bersuci lalu qadha solat tadi) .
Saya mengharapkan jawapan yang tidak terlalu ringkas akan tetapi memuaskan hati semua . Terima Kasih di atas susah-payah ustaz-ustaz menjawabnya .
:wassalam
setahu saya tayammum adalah untuk menggantikan air wudhuk, jika dalam keadaan di mana kita tak menjumpai air langsung. sebab dalam situasi air takde atau bekalan air putus, semestinya ada pemberitahuan atau notis.segelas air pun cukup untuk kita berwhuduk. selain daripada itu, kita juga boleh menggunakan debu-debu dinding jika kita tidak menjumpai tanah yang bersih dan tiada najis untuk bertayammum.
:wassalam
Jawab:
Jumhur menetapkan usaha mencari air adalah syarat sebelum mengambil tindakan dharurat termasuk bertayammum.
Dalilnya: "lalu kami tidak mendapat air, maka bertayammumlah." AQ 5:06
HR Ahmad, annasa'iy dan Ibn Majah dari Abu Dzar ra ,"(sabda) Tanah adalah alat pencuci jika kamu tidak menemui air."
HR Bukhari-Muslim dan Ahmad dari Anas bin Malik ra, semua orang sibuk mencari air ketika itu masuk waktu Asr, kemudian Nabi saw membawa satu bekas air dan menyuruh orang banyak supaya berwudhu'."
Dari dalil2 itu jelas menyebut pencarian air sebelum dibolehkan yg lain.
Oleh kerana Malaysia negara yg bukan spt negara padang pasir, maka cuba dapatkan air dari jiran, dari mesjid berdekatan terlebih dahulu. Jumlah air utk mandi wajib tidaklah perlu banyak spt mana yg difahami oleh orang awam. Fiqh Sunnah. WA