SJ - 2735: Zakat (pada keturunan sayyid)

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2735: Zakat (pada keturunan sayyid)

Assalamualaykum

Saya ada satu soalan berkenaan dengan zakat harta/fitrah.
Adakah harus bagi golongan yang berketurunan 'Sayyid' menerima zakat? Jawapan drp ikhwah sekalian didahului dgn ribuan terima kasih. jazakumullahu khairan

MicroScript (not verified)
Re: Zakat

:salam

Maaf .., saya menjawab ...

Di Hadramaut Yaman, keturunan baginda Rasulullah S.A.W dari sebelah Saidina Husain digelar Sayyid , manakala keturunan dari pihak Saidina Hasan digelar Syarif.

Adat ini masih lagi digunakan disetiap Tanah2 Arab dan tidak ketinggalan di Malaysia, jikalau di Mesir keturunan Baginda di gelar Syarif begitu juga di Syria, di Jordan dan Arab Saudi mereka menggelarkan dgn Syed dan Syarif.

sumber : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=263&page=&view=&sb=5&o=&fpart=1&vc=1

Persoalannya .. adakah keturunan Rasulullah S.A.W termasuk lapan Asnaf?

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Sesungguhnya sedekah itu adalah kotoran manusia. Sedekah tidak dibolehkan bagi Mohammad dan seluruh keluarga Mohammad " - Riwayat Muslim.

Pernah suatu ketika Saiyidina Hasan menaruh sebiji kurma zakat didalam mulutnya. Kemudian Rasulullah S.A.W mengorek keluar kurma itu beserta air liur Hasan, dan Rasulullah S.A.W bersabda :
"Kikh .. Kikh .. Kita semua keluarga Mohammad , tidak boleh makan sedekah."

Sebagai penambahan, selain dari itu orang yg tidak berhak menerima zakat (secara ringkas) ialah:
1) Orang kaya harta atau ada pekerjaan.
2) Budak (hamba).
3) Keturunan Bani Hashiym dan Bani Muthalib.
4) Orang Kafir.

Manakala orang yang berhak menerima zakat pula ialah:
Berkata Syaikh Abu Syujak:

"Zakat hendaklah diberikan kepada lapan golongan, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah Ta'ala didalam kitabNya AlQuran yang artinya demikian: Sesungguhnya sedekah hanyalah diperuntukkan bagi lapan golongan: Yaitu: Orang-orang Fakir, orang-orang Miskin, para Amil zakat (Yakni para petugas yang mengurusi zakat), para Muallaf (Yakni orang-orang yang perlu ditundukkan hatinya agar lebih kokoh Islamnya atau agar dia mau masuk Islam), orang-orang yang mempunyai sifat kebudakan(Hamba), Gharim (Yakni orang-orang yang mempunyai hutang), orang yang berada dijalan Allah (contoh:Al-Ahkam Online), dan Ibnu Sabil ( Yakni para musafir), (At-Taubah:60); Atau diberikan kepada orang yang termasuk diantara lapan golongan tersebut diatas.

Hendaklah zakat itu menepati sasarannya, jika tidak zakat itu masih tetap dalam tanggungannya.

Sumber : Kifayatul Akhyar (Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Mohammad AlHusaini)

W.A
:wassalam

Re: SJ - 2735: Zakat (pada keturunan sayyid)

:wassalam
Jawab:
JKK pada sdr MicroScript. Memang itulah ijma' fuqaha' yg dinukilkan dari Ibn Qudamah almaqdisi dan Ibn Ruslan, alMughny: 2/547
Beberapa Imam fiqih merombak semula ijma' ini, antaranya Fuqaha' Hanafi (Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusof) membolehkan keluarga bani Hashim menerima zakat.
Huraian mereka adalah seperti berikut:
Di zaman Nabi saw, keluarga Nabi saw, "zawil qurba" menerima agihan alFa'iy dan Ghanimah. Maka rasional mereka tidak menerima zakat itu adalah kerana mereka sudah menerima harta Fa'iy. Bila tiba zaman Abu Bakar dan Umar (keduanya raa), agihan harta fa'iy ini dihentikan kerana negara memerlukan belanjawan yg besar. Maka bila bantuan kewangan yg biasa diberikan kepada mereka dihentikan, maka mereka berhak menerima zakat sebagaimana orang lain. Inilah juga pendapat Imam atTabari (Imam atTohawi, Syarh Ma'aani alAthar: 2/10-11)
Juga lihat Fathul Bari:3/276; Nailool Awthor syarh Muntaqa alAkbar:4/172-173) Juga Dr Shalabi, Ta'lil alAhkam, dar anNahdah, Beirut, 1981, ms 370.