Apakah hukum menggunakan duit dividen yg diterima melalui akaun yg mana bank itu tidak mengamalkan sistem perbankan Islam, contohnya duit dividen daripada ASB, yg mana kita ketahui bank ini bukan menawarkan sistem perbankan Islam.
Sumber Rujukan Islam Anda..
:salam
Jawab:
ASB bukanlah bank, tapi agensi Amanah Saham Bumiputra, sebuah dana yg mengumpul dana rakyat (khususnya Bumi) dan melaburkan di pelbagai sektur dan potfolio, ia memberi pulangan berupa dividen dan bonus kepada pemegang sahamnya.
Jika anda sudah tahu pelaburannya tidak Islamik, maka sudah tentu anda kena melabur dalam skim pelaburan yg Islamik spt skim amanah saham yg diluluskan oleh syari'ah, spt amanah Ittikal, amanah saham Bank Islam, atau akaun mudharabah Bank Rakyat atau Bank Islam. Itulah kaedahnya: kalau kita dah tahu ianya tak Islamik, maka hendaklah dihentikan dan dipindahkan kepada yg halal bayyin (halal yg nyata). WA