SJ - 2845 : pegang tangan kat luar...

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2845 : pegang tangan kat luar...

:salam :sumo

saya nak tanya ustaz.. boleh tak kalau orang yang dah kawin nak pegang tangan kat depan orang dalam keadaan seperti di bawah..

1. orang lain tak tau diorang dah kawin dan diorang adalah pasangan pengantin muda..

2. orang lain tu ialah bukan Islam yang menganggap diorang hanyalah pasangan kekasih biasa..

sekian.. :wassalam :sumo

az_nur (not verified)
Re: pegang tangan kat luar...

senario masyarakat hari ini-memandang pelik kepada yg halal dan memartabat julangkan yang haram.

kenapa perlu rasa malu dan bersalah utk memegang tgn isteri/suami?
kenapa semasa berkasih2an dan bercinta dulu tidak pernah timbul persoalan ini?(pegang sana,sentuh sini sesedap rasa)

ingatlah...selagi kita tidak melampaui highlight yg digariskan oleh Islam...just go ahead..

TUNAIKANLAH apa yg diwajibkan Tuhan ke atasmu, maka kau akan menjadi org yg paling hebat ibadatnya..

JAUHILAH larangan2 Allah, maka kau akan menjadi org yg plg zuhud..

TERIMALAH dgn senang apa yg tlh ditentukan oleh Allah untukmu, maka kau akan menjadi org yg lebih kaya.

wallahuaklam

salehamidzic (not verified)
Re: pegang tangan kat luar...

bukannya aper.. mm.. macam mana kalau timbulnya fitnah.. sebab depa ni kawin muda.. camner tu??

Re: SJ - 2845 : pegang tangan kat luar...

Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah. Terima kasih az_nur kerana memberi feedback kepada persoalan sdr salehamidzic. Kami akan cuba menjawabnya dengan kadar yang mampu.

Sudah pasti kita dibolehkan memegang isteri kita apabila berjalan diluar, bukan didalam keadaan yang berlebih-lebihan. Akan tetapi, budaya barat (budaya kuning) yang menular didalam anak-anak muda pada zaman ini menunjukkan satu keadaan yang terbalik, dimana pasangan sebelum berkahwin akan berpegang dan berkepit-kepit dijalanan, seolah-olah mencabar hukum Islam itu sendiri. Rata-rata perkara jelek ini telah diterima didalam norma masyarakat kita dan dijadikan budaya penghidupan mereka.

Persoalan 1(a) : orang lain tak tau diorang dah kahwin :-

Biasanya didalam majlis perkahwinan, ada satu sunnah yang mungkin dirasakan kebiasaan yang boleh kita amalkan. Sunnah ini dinamakan "mengumumkan perkahwinan". Sabda Nabi saw :

[="#ff00000" size="3"]ÃÚáäæÇ åÐÇ ÇáäßÇÍ
"Umumkan (iklankan) perkahwinan ini." - (Riwayat Ahmad, dikelaskan sebagai hasan oleh Al-Albani didalam Sahih al-jaami'#1072)

Ini adalah suatu hikmah yang membezakan antara kebenaran syara' keaatas perkahwinan berlawanan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berakhlak seperti berdating, coupling dan sebagainya.

Persoalan 1(b) :diorang adalah pasangan pengantin muda:-

Berkahwin muda ini tidak ada masalahnya. Yang penting suami itu mempunyai ilmu-ilmu yang cukup bagi melaksanakan tanggung-jawab sebagai seorang suami yang soleh. Tanggung-jawab ini meliputi perkara-perkara kewangan, tempat tinggal dan perkara-perkara yang bukan kewangan seperti mendidik isteri, menjaga isteri dengan baik dan sebagainya.

Bagi pengantin perempuan yang muda, tidak ada salahnya berkahwin. Nabi saw mengahwini A'isyah (r.a.) semasa beliau berumur 6 tahun, dan baginda mencampurinya semasa A'isyah r.a. berumur 9 tahun, dimana baginda berumur lebih dari 50 tahun. Al-Bukhari (hadith #3894) dan Muslim (hadith #1422) meriwayatkan bahawa A'isyah berkata :

[="#ff00000" size="3"]Úóäú ÚóÇÆöÔóÉó ÞóÇáóÊú ÊóÒóæøóÌóäöí ÇáäøóÈöíøõ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó æóÃóäóÇ ÈöäúÊõ ÓöÊøö Óöäöíäó æóÈóäóì Èöí æóÃóäóÇ ÈöäúÊõ ÊöÓúÚö Óöäöíäó .
"Nabi saw mengahwini ku semasa aku berumur 6 tahun dan bersamaku semasa aku berumur 9 tahun"

Persoalan 2 : orang lain tu ialah bukan Islam yang menganggap diorang hanyalah pasangan kekasih biasa..

Perkara baik tidak perlu takut dengan fitnah. Contohnya, Si A baru bertaubat dan berniat ingin pergi bersolat di masjid setiap hari, akan tetapi disebabkan takut di ejek oleh kawan-kawan lama (yang si A berkawan sebelum bertaubat), maka si A membatalkan niat untuk bersolat dimasjid. Perkara ini menunjukkan kedangkalan ilmu didalam Islam. Perkahwinan satu institusi sosial yang halal disisi Islam. Tidak perlu bimbang dengan keadaan 'apa orang lain kata'. Instituisi ini merupakan sunnah Nabi saw. Barangsiapa yang tidak mahu berkahwin, Nabi mengatakan bahawa mereka itu tidak mengikut sunnahnya. Sebagai motivasi, mari kita lihat kembali hadith Nabi saw berkenaan dengan 3 orang lelaki yang datang kepada Rasulullah saw bertanyakan mengenai ibadat Nabi saw. Apabila mereka telah mendapat maklumat dari baginda saw, seolah-olah mereka merasakan tidak cukup. Salah seorang daripada mereka berkata :

[="#ff00000" size="3"]" æÃäÇ ÃÚÊÒá ÇáäÓÇÁ ÝáÇ ÃÊÒæÌ ÃÈÏÇð " ÝÑÏ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã Úáì åÐÇ ÇáÑÌá æÚáì ÃÕÍÇÈå ÈÃäå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÕæã æíÝØÑ æíÕáí æíÑÞÏ æíÊÒæÌ ÇáäÓÇÁ ¡ Ëã ÞÇá : " Ýãä ÑÛÈ Úä ÓäÊí ÝáíÓ ãäí "
"'Aku menjauhi wanita dan aku tidak akan berkahwin.' Nabi saw berkata kepada orang ini dan para sahabat bahawa beliau berpuasa dan juga berbuka, beliau bersolat (malam) dan juga tidur, dan beliau berkahwin dengan wanita, kemudian baginda bersabda :'Barangsiapa yang membelakangkan sunnahku maka bukankah ia dari [golongan] ku'". - (Riwayat al-Bukhari #5063, Muslim #1401).

Institusi ini membezakan antara perhubungan halal dengan perhubungan Haram! Tugas kita sebagai orang Islam, menceritakan kepada rakan-rakan kita yang kafir bahawa, konsep 'girlfriend and boyfriend' atau 'sepasang kekasih' ini tidak wujud didalam Islam. Konsep berpasang-pasang sebelum berkahwin ini, ulama menganggapnya sebagai satu bala'. Berkata bekas Mufti Saudi, Sheikh Muhammad al-Saalih al-Utsaimin didalam As’ilat al-Baab il-Maftooh soalan 868, ketika memberi komentar kepada perhubungan lelaki-perempuan sebelum perkahwinan :-

[="#0000ff" size="3"]ÇáÊæÇÕá Èíä ÇáãÊÍÇÈíä Úáì ÛíÑ æÌåò ÔÑÚí åÐÇ åæ ÇáÈáÇÁ ¡ æåæ ÞØÚ ÇáÃÚäÇÞ æÇáÙåæÑ ¡ ÝáÇ íÍá Ýí åÐå ÇáÍÇá Ãä íÊÕá ÇáÑÌá ÈÇáãÑÃÉ ¡ æÇáãÑÃÉ ÈÇáÑÌá ¡ æíÞæá Åäå íÑÛÈ Ýí ÒæÇÌåÇ ¡ Èá íÎÈÑ æáíåÇ Ãäå íÑíÏ ÒæÇÌåÇ ¡ Ãæ ÊÎÈÑ åí æáíåÇ ÃäåÇ ÊÑíÏ ÇáÒæÇÌ ãäå ¡ ßãÇ ÝÚá ÚãÑ ÑÖí Çááå Úäå ÍíäãÇ ÚÑÖ ÇÈäÊå ÍÝÕÉ Úáì ÃÈí ÈßÑ æÚËãÇä ÑÖí Çááå ÚäåãÇ .
"Perhubungan diantara kekasih bukanlah pemandangan yang syarie dan ini merupakan satu BALA', dan ia merupakan satu bencana yang sebenarnya. Tidak halal bagi lelaki berhubungan dengan wanita didalam kes ini, ataupun wanita menghubungi lelaki. Jika seseorang lelaki itu ingin mengahwini wanita tersebut, maka ia hendaklah berjumpa dengan wali menyatakan keinginan untuk berkahwin dengannya, atau wanita tersebut memberitahu wakinya akan keinginan ingin berkahwin dengan lelaki tersebut, bagaimana Umar r.a. menawarkan anak perempuannya Hafsah kepada Abu Bakar r.a.dan Uthman r.a."

Kemesraan yang dipamerikan dihadapan orang ramai

Islam menitik beratkan persoalan imej atau maruah seseorang itu. Sebagai contoh, Nabi saw menganjurkan agar rambut seorang lelaki itu perlu dirapikan, dan tidaklah ia kusut masai. Ini memberi gambaran bahawa agama Islam ini indah. Disamping itu, konsep berlebihan-lebihan (gulw) tidak pula disukai didalam Islam. Islam memperlihatkan konsep-konsep umat yang sederhana, dan tidak melampaui batas.

Begitu jugalah perlakuan pasangan suami-isteri dihadapan masyarakat. Kemesraan suami-isteri ada had atau batasannya dihadapan orang ramai. Kami memetik Soalan mengenai menzahirkan kemesraan kepada isteri di hadapan orang ramai yang telah dijawab oleh penceramah dan ulama terkenal Saudi, Sheikh Saleh al-Munajjid. Berikut adalah farwanya :

[="#0000ff" size="3"]ÇáÓÄÇá :
åá íÌæÒ áí Ãä ÃãÓß íÏ ÒæÌÊí ÚäÏãÇ Ãßæä Ýí ÇáÔÇÑÚ ¿ ãÇÐÇ Úä ÊÞÈíá íÏåÇ ßÚáÇãÉ Úä ÍÈí áåÇ (ÍÊì áæ ßÇäÊ ÊáÈÓ äÞÇÈÇð æÞÝÇÒÇð ) ¿
ÃÙä Ãäå Ýí ÈáÇÏ ÇáÚÑÈ áÇ íÝÚá åÐÇ ÃÍÏ ¡ æÃÑíÏ Ãä ÃÚÑÝ åá åÐÇ ÚÑÝ æÊÞáíÏ Ãã åäÇß Ïáíá ÕÍíÍ Úáì åÐÇ ¿
ÇáÌæÇÈ:
ÇáÌæÇÈ:
ÇáÍãÏ ááå
åÐÇ ãä ÎæÇÑã ÇáãÑæÁÉ ¡ æãä ÇáÊÈÐøá æÇáÅÓÝÇÝ ÅÙåÇÑ åÐÇ ÃãÇã ÇáäÇÓ áÃäø ãÇ ÊÝÚáå åæ äæÚ ãä ãÈÇÔÑÉ ÇáÒæÌÉ Úáì Çáãáà ÝÇÈÊÚÏ Úä Ðáß ¡ æíõãßä Ãä ÊõÙåÑ áåÇ ÇáãÍÈøÉ ÈÛíÑ åÐå ÇáØøÑíÞÉ æÅÐÇ ÎáæÊãÇ ÝÇÝÚá ãÇ ÔÆÊ ÈÇáãÚÑæÝ ¡ æÝøÞäÇ Çááå æÅíÇß áßá ÎíÑ .

-------------
terjemahannya:

Soalan:

Saya ingin tahu apakah halal berpegang tangan dengan isteriku apabila keluar dihapan khalayak orang ramai? Bagaimana pula dengan mencium tangannya, sebagai tanda kasih sayang terhadapnya (walaupun ia memakai Niqab dan sarung tangan)? Saya rasa dibumi Arab, ini sesuatu yang tidak diamalkan oleh orang kebiasaan, dan saya ingin tahu jika disebabkan oleh adat dan kebudayaan, atau jika terdapatnya Nas yang sahih dibelakangnya.

Jawapan:

Alhamdulillah. Ini merupakan suatu perkara yang kena mengenai dengan status kelakian atau maruah (muru'ah). Adalah terlalu murah dan buruk untuk melakukannya di khayalak orang ramai, kerana ini merupakan satu jenis 'foreplay' dengan isteri dihadapan orang lain. Maka jauhilah dari melakukan perkara tersebut. Anda boleh menunjukkan cinta anda didalam banyak cara, dan dimasa kamu berseorangan dengannya, anda boleh melakukan apa yang anda suka, yang munasabah. Moga Allah membantu kita dan anda melakukan kesemua yang baik-baik.

--------

Kesimpulannya, agama Islam menuntut agar sesuatu perkahwinan itu umumkan kepada orang ramai, disamping ia menganggap persoalan 'coupling' diantara lelaki dan wanita itu sebagai satu bala'. Suami-isteri merupakan perhubungan yang halal. Akan tetapi, kehalalan ini tidak perlu ditunjukkan dihadapan atau sebagai tontonan masyarakat umum. Namum demikian, tidaklah salah bagi seseorang itu membimbing isteri dengan memegang tangannya semasa melintas jalan, atau bertawaf sebagai contoh, yang menunjukkan adanya keperluan diwaktu tersebut. Wallahu'alam.

-wassalam-

--------------------
Rujukan :

1. Fataawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’- 18/17 > Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000.

2. Sheikh Muhammad Salih al-Munajjid. [="#800000" size="3"]ÊÞÈíá íÏ ÇáÒæÌÉ ÃãÇã ÇáäÇÓ Ýí ÇáÔÇÑÚ
url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=6103&dgn=3&dgn=2

خيرالأمين