SJ 2849: Sejarah pembacaan doa qunut

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ 2849: Sejarah pembacaan doa qunut

:salam
Benarkah dalam sirah Rasullah SAW mengatakan 30 hari sebelum kewafatan Nabi, Nabi SAW tidak melakukan do'a qunut dan amalan ini (tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh) diteruskan oleh khalifah Abu Bakar, Umar (keduanya ra).....tolong beri penjelasan sekiranya maklumat ini betul atau salah dan juga rujukan yang boleh ana dapatkan. [email][/email]

Re: sejarah pembacaan doa qunut

:salam

Permasalahan qunut telah dibahaskan dgn panjang lebar oleh al-Fadhil Ustaz Zainys. Berikut urlnya:

Qunut Subuh: Adakah ia sunnah atau bid'ah?

Saya hanya ingin menambah sedikit info berkaitannya.

Segala dalil yg dipakai bagi pihak yg mengsyariatkan doa qunut subuh ini, tidak diutarakan oleh ulama’ hadis terkemuka seperti Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah dan An-Nasa’I. Apa yg jelas semua hadis yg menerangkan mengenai qunut nazilah adalah sahih sedangkan qunut subuh semuanya mempunyai kelemahan.

Prof Dr TM Hasbi ash-Shiddieqi menerangkan dalam ‘Koleksi Hadis2 Hukum’, bhw Rasulullah saw tidaklah membaca qunut secara tetap. Jika Rasulullah saw membacanya secara tetap, pasti ramai sahabat yg meriwayatkannya.

Sheikh Sayyid Sabiq dalam fikih sunnah mengemukakan pendapat yg paling pertengahan iaitu hukum membaca qunut subuh itu mubah, boleh sahaja dilakukan maupun ditinggalkan.

Kami memilih pendapat bhw qunut subuh secara tetap tidaklah disyariatkan. Namun sesiapa yg ingin berqunut tidaklah boleh dicela. WA.

:wassalam

Menangai Persoalan Doa Qunut: Dibaca atau Tidak?
Hafiz Firdaus

Fikih Sunnah
Sayyid Sabiq

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi ash-Shiddieqy

Re: SJ 2849: Sejarah pembacaan doa qunut

:wassalam
Tarjeeh:

Lulus dan memenuhi speks jawapan fiqih Ahkam. JKK