SJ - 2914 : lafaz kinayah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2914 : lafaz kinayah

Assalamu'alaikum ustaz,
ana ada keraguan berkenaan masalah lafaz cerai kinayah.

ada sedara hari tu, isteri dia datang dekat kat dia....sebab mungkin isteri dia ada berpeluh dia cakap kat isteri dia "busuk awak ni". lepas tu dia kata tengah dia cakap tu tak tau camner tertiba ada macam lintasan cerai.

Dia kata tak tau mungkin setan bisik ke atau dia sendiri yang terlintas macam tu. Sebelum dia nak cakap tu dia takde pun niat macam tu, cuma masa nak cakap tu tetiba lintas macam tu.
Dia ragu-ragu lah sama ada cerai ke tak. ana cakap kalau ragu-ragu anggaplah tak cerai, sebab memanglah dia takmau cerai, sebab lintasan dalam hati tu belum tentu benda tu kita nak, mungkin kita tolak perkara yang lintasan dalam hati tu. betul ke jawap saya ustaz? lagi satu, adakan kalimah busuk tu cukup kuat untuk dikategorikan dengan kinayah? minta ustaz tolong huraikan. wassalam.

Re: SJ - 2914 : lafaz kinayah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab keraguan sdr Karim dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Lafaz cerai kinayah (sindiran - hinting) ini memerlukan NIAT. Sebagaimana contoh, Shiekh Abdul Aziz Ibn Baaz[2] telah ditanya oleh seseorang yang telah berkata kepada isterinya beberapa kali, "Aku tidak mahu kepada kamu". [="#0000ff" size="4"]{ÃäÇ áÇ ÃÑíÏß }, Kata Sheikh :

[="#0000ff" size="3"]åÐÇ ÇáßáÇã áÇ íßæä ØáÇÞÇð ÅÐÇ ßÇä ÈÏæä äíøÉ ¡ ÝåÐÇ ßäÇíÉ æáíÓ ÈØáÇÞ ¡ æÒæÌÊå ÈÇÞíÉ Ýí ÚÕãÊå ¡ æáíÓ Úáíå ÔíÁ .
"Perkataan ini tidak dikira bercerai TANPA disertakan dengan NIAT, maka ini hanyalah kinayah (hint) dan bukannya Talaq, Isterinya masih isterinya, ia tidak perlu melakukan apa-apa"

Bagaimana pula jika timbul keinginan didalam hati untuk menceraikan?

Cerai belum berlaku selama suami tidak melafazkan talaq, kerana NIAT sahaja tidak mencukupi menjatuhkan talaq. Ini adalah pandangan jumhur ulama, sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz didala al-Fath (9/34), dan di petik oleh Ibn Qudaamah didalam al-Mughni (7/21). Petikan ini berdasarkan kepada Hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (no:2528) dan Muslim (no:327):

[="#ff00000" size="3"] Úä ÃÈí åÑíÑÉ ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá : ÞÇá ÑÓæá Çááå Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó : " Åä Çááå ÊÌÇæÒ Úä ÃãÊí ãÇ ÍÏËÊ Èå äÝÓåÇ ãÇ áã ÊÚãá Ãæ ÊÊßáã "
"Dari Abu Hurairah ra. telah berkata : Rasulullah saw bersabda :'Allah mengampunkan umatku bagi apa yang terlintas difikiran mereka, selama-mana mereka tidak melakukan atau mengucapkan"

Berkata Qutaadah, salah seorang perawi hadith ini :

[="#0000ff" size="3"]ÅÐÇ ØáÞ Ýí äÝÓå ÝáíÓ ÈÔíÁ
"Jika ia mengeluarkan kata TALAQ pada dirinya sendiri(tanpa mengeluarkannya), ia tidak bermakna apa-apa"

Kami kira, kalimah "cukup busuk" itu tafsirkan didalam penghidupan seharian, ia hanya bermakna "tidak bersih", atau mempunyai makna-makna lain dan tafsiran yang tersendiri, tidak langsung menunjukkan tujuan 'tidak mahukan siIsteri lagi'. Lafaz-lafaz kinayah seperti : Pergilah kau dari sini, Aku tidak perlukan kau lagi, Pergilah ikut sukahati engkau [2] dan sebagainya merupakan sindiran atau kinayah kepada makna cerai/talaq.

Anda juga boleh merujuk didalam Arkib al-Ahkam melalui fungsi SEARCH mengenai lafaz kinayah ini. Dibawah ini adalah contoh url soalan-soalan yang telah dijawab oleh al-Fadhil Ketua Panelist Fiqh Al-Ahkam, Ustaz THTL :-

1. SJ-1565: soal-jawab perkahwinan

2. SJ-1291: Tidak tahu samada telah menceraikan isteri

Kesimpulannya ialah lafaz kinayah talaq hanya berlaku (valid) jika ia disertakan dengan niat untuk menceraikannya, dan lintasan didalam hati atau waswas tidaklah dikira sebagai talaq.

----------
Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Fataawa al-Talaaq. ms. 68.

2. Dr. Mustafa Al-Bugho, [etc]. Al-Fiqhu Al-Manhaji. cetakan ke 4. Damsyik : Dar Al-Qalam, 2000. ms 118.

خيرالأمين