:salam
Kepada sheikh abg kamin, terima kasih atas jawapan yang sheikh abg kamin berikan atas persoalan ana terdahulu, permasalahan itu terungkai dengan dalil2 yang dikemukana, dan salah satu fatwa yang sheikh abg kamin lampirkan ialah:
Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz[4] :
ÝíäÈÛí ááãÄãä Ýí ÇáÌãÚÉ Ãä íäÕÊ æíÎÔÚ æíÍÐÑ ÇáÚÈË ÈÇáÍÕì Ãæ ÛíÑå ¡ æÅÐÇ Óáã Úáíå ÃÍÏ ÃÔÇÑ Åáíå æáã íÊßáã ¡ æÅä æÖÚ íÏå Ýí íÏå ÅÐÇ ãÏåÇ ãä ÛíÑ ßáÇã ÝáÇ ÈÃÓ ßãÇ ÊÞÏã ¡ æíÚáãå ÈÚÏ ÇäÊåÇÁ ÇáÎØÈÉ Ãä åÐÇ áÇ íäÈÛí áå ¡ æÅäãÇ ÇáãÔÑæÚ áå ÅÐÇ ÏÎá æÇáÅãÇã íÎØÈ Ãä íÕáí ÑßÚÊíä ÊÍíÉ ÇáãÓÌÏ æáÇ íÓáã Úáì ÃÍÏ ÍÊì ÊäÊåí ÇáÎØÈÉ ¡ æÅÐÇ ÚØÓ ÝÚáíå Ãä íÍãÏ Çááå Ýí äÝÓå æáÇ íÑÝÚ ÕæÊå .
"Semasa solat Jumaat, orang yang Mu'min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya, hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap. Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan. Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah (Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya".
Soalan:
Bagaimana jika seseorang itu mencatitkan isi khutbah tersebut, iaitu disamping dia mendengar dengan tekun, dia juga mencatitkan isi kuliah tersebut utk dijadikan rujukannya. Adakah perbuatan ini dibenarkan iaitu tidak termasuk berbuat sesuatu yang lara.
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Terima kasih Akhi Desaputra diatas soalan diatas. Kami akan cuba menjawab dengan kekurangan dan kemampuan yang ada, Insyallah.
Bila kita imbas kembali Fatwa bin Baaz ini, larangan-larangan itu termasuklah memberi salam, menjawab salam, bermain batu di tangan dan sebagainya. Kesemua ini menunjukkan kepada 2 perkara : (a) mengganggu orang lain (b) perbuatan diri sendiri yang melalaikan, tidak menumpukan perhatian kepada khutbah. Elok juga kita lihat kembali kepada hadith yang melarang 'berkata-kata yang sia-sia' (laghw) :-
Berkata Al-Albani (Al-Ajwabah al-Naafi’ah, ms. 45):-
Sebagai contoh :- memberi salam baik (Amr ma'ruf), akan tetapi memberi salam kepada orang lain semasa Imam sedang berkhutbah adalah tidak dibenarkan (Ibn Utsaimin). Ada perkara yang lebih mustahak, iaitu menumpukan perhatian kepada khutbah.
Akan tetapi, membuat catitan isi kandungan khutbah di buku catitan tidaklah dikira laghw oleh kerana ia menunjukkan seseorang itu sedang khuysuk mendengar khutbah, dan ia bukanlah melukis atau menulis sesuatu yang melalaikan, dan ia tidak mengganggu orang lain. Sehinggakan ada pandangan yang mengatakan bahawa jika Imam tersilap baca atau kenyataannya tidak difahami, maka makmum bolehlah membuat pertanyaan. Sheikh Ibn Utsaimin berkata didalam al-Sharh al-Mumti’ (5/140):
Kesemua ini menunjukkan perbincangan dan permasalahan yang bersekitar dengan khutbah dan isi kandungannya, dan menunjukkan betapa pentingnya memberi perhatian kepada isi kandungan khutbah yang Imam sedang sampaikan, termasuklah mencatit point-point penting didalam khutbah. Wallahu'alam.
-wassalam-
-------------
Rujukan :-
1. Sheikh Muhammad Nasyiruddin Al-Albani. Al-Ajwabah al-Naafi’ah (fi Ahkam Salat al-Jummah). cetakan ke 2. Al-Maktab Al-Islami, 1979.
2. Sheikh Mohammad Salih Ibn Al-Utsaimin. al-Sharh al-Mumti’. Beirut : Al-Risalah.
خيرالأمين