:salam
Saya pernah berhutang sejumlah kecil wang dengan seseorang semasa saya belajar dahulu. Tetapi setelah menamatkan pengajian, perhubungan kami telah terputus kerana menjalani kehidupan masing-masing. Puas saya cuba mencari beliau, tapi gagal. jadi persoalan saya ialah :
1. Bagaimanakah caranya untuk saya menjelaskan hutang saya tersebut?
2. Jika saya bersedekah dengan jumlah yang sama dengan hutang saya, dengan niat untuk membayar hutang rakan saya tadi, adakah terlunas hutang saya tersebut?
Saya harap para ustaz di forum ini dapat membantu saya dalam permasalahan ini.
Wasallam. :confused:
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Disebabkan soalan ini lebih kurang sama jawapannya dengan SJ - 2969, saya cadangkan sdr aukauk melihat kepada jawapan di url dibawah ini :-
SJ - 2969 : Kesilapan sesama manusia yang lepas
Cuma bezanya ialah, bukanlah anda menzalimi orang tersebut dengan menipunya, akan tetapi, anda masih memiliki haknya yang harus dikembalikan kepada tuannya. Maka kami petik kembali fatwa dari al-Lajnah al-Daaimah :-
wallahu'alam, wassalam.
Rujukan :-
1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 14. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000. ms 25
خيرالأمين