SJ - 2983: [G] Kalau Tak Mahu Dengar Bacaan al-Quran, Tutup

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
SJ - 2983: [G] Kalau Tak Mahu Dengar Bacaan al-Quran, Tutup

:salam

"Apabila al-Quran dibaca, hendaklah kamu dengar dengan khusyuk"... begitulah kalau tak silap saya "maksud" sepotong ayat al-Quran yang pernah saya terbaca.
Saya juga pernah mendengar orang mengatakan "lebih baik tutup TV ketika al-Quran dibacakan jika kamu tidak mahu mendengarnya dengan khyusuk (bukan kerana engkar), daripada kamu duduk bersembang (walhal al-Quran sedang dibacakan)."

Pertanyaan saya:

(i) apakah pendapat dan pendirian al-ahkam tentang orang yang duduk bersembang-sembang ketika al-Quran dibacakan, terutamanya dari corong pembesar suara masjid/surau?

(ii) bolehkah hukum "mendengar dengan khyusuk" itu menjadi sekadar "fardu kifayah"?

Mohon penjelasan dan diucapkan terima kasih atas usaha anda.
Kalau sudah ada jawapannya di tempat lain di sini, mohon berikan URLnya. Itu sudah memadai. T.kasih

:assalam

Re: Kalau Tak Mahu Dengar Bacaan al-Quran, Tutup TV

:salam

Mengumandangkan bacaan al-Quran pada speaker masjid merupakan satu perbuatan yg bukan berasal dari Rasulullah saw maupun salafussoleh. Ttp bolehkah ia dianggap satu bid’ah. Saya katakan penggunaan sepaker masjid sama sahaja dgn penggunaan kaset yg dipasang pada cassette player dan seumpamanya. Apa yg membezakan ialah al-quran yg dibacakan melalui pembesar suara itu akan kedengaran keseluruh pelusuk kampung tidak mengira sama ada org yg terdengar itu mmg ingin mendengar atau tidak. Mari kita lihat perkara ini dgn lebih teliti.

Seperti yg kita ketahui, hendaklah kita diam mendengar apabila al-quran dibacakan. Ini berdasarkan kpd keumuman ayat al-Quran berikut yg bermaksud:

Dan apabila dibacakan al-Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (QS. 7:204)

Apakah berdasarkan ayat di atas kita engatakan hukumnya wajib utk kita diam atau mungkin sekadar sunat sahaja. Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata bahawa ayat di atas menyuruh kita mendengar al-Quran, baik suruhan wajib maupun suruhan sunat.

Jika kita melihat asbabul nuzul ayat tersebut kita akan dapati terdapat 6 atsar mengenainya yg bolehlah dibahagikan kpd 2 iaitu berkaitan solat dan juga berkaitan suruhan diam ketika mendengar org membaca di luar solat.

Sheikh Ahmad Kutty(Islam Online) mengatakan bahawa kebanyakan mufassirin mengatakan ayat di atas berkaitan suruhan di dalam solat. Walaupun ayat tersebut diturunkan berkaitan solat, tidaklah ia bermaksud ayat tersebut tidak boleh dijadikan dalil utk perkara di luar solat. Namun sekiranya seseorang itu mempunyai hal lain dan perkara lain yg lebih penting, maka tidaklah menjadi kesalahan utknya tidak mendiamkan diri. Menurut Imam Ibn Mudhir, perkara ini telah diijma’kan.

Sheikh Mutwalli Asy Sya’rawi mengatakan jika kita ingin melakukan sesuatu dan pada masa yg sama kita ingin mendengar bacaan al-Quran, sebaiknya diasingkan perkara tersebut. Sebagai contoh; sekiranya kita hendak belajar dan mendengar al-Quran dari kaset, asingkanlah perbuatan tersebut kerana keduanya ibadat. Melalui pengasingan ini, maka kita akan mendapat manfaat yg lebih besar dan banyak.

Adapun mengenai hukum ‘fardhu kifayah’, pada pendapat saya, tidaklah boleh ia dihukumkan sebgai fardhu kifayah. Krn tidak terdapat sebarang dalil yg membawa kpd hukum tersebut. Krn setiap hukum itu perlu kpd dalil dan bukannya ikut suka kita.

Tambahan
Amalan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara ini juga diamalkan di kawasan kediaman saya khususnya di waktu sebelum Subuh. Pada saya ia merupakan satu amalan yg baik. Tapi kita juga perlu ingat Islam itu menitikberatkan masyarakat juga bukannya individu tertentu. Mungkin ada juga yg tidak suka amalan tersebut krn mengganggu mereka tidur terutama orang bukan Islam. Ini membuatkan mereka mencaci kalamullah yg mana kita sendiri tidak suka mereka berbuat demikian. Jadi saya melihat perkara ini lebih membawa kepada kemudharatan yg lebih besar berbanding maslahah yg mmg dijadikan niat sebenar. WA.

:wassalam

Rujukan

Hadis2 Hukum Mengenai Bersuci & Solat
Abu Soleh Nasaruddin

Koleksi Hadis2 Hukum 3
TM Hasbi

Islamic Rulings Regarding The Qur’an
Fatawa al-Lajnah al-Daimah

Al-Jami’li al-Fatawa
Sheikh Mutawalli as-Sya’rawi

http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=84747

Re: SJ - 2983: [G] Kalau Tak Mahu Dengar Bacaan al-Quran, Tu

:wassalam
[="yellow"] [/] LULUS

Baik sekali jawapan itu dan senarai rujukan yg memuaskan.