SJ - 3026: Aulawiyyat lagi!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3026: Aulawiyyat lagi!!

:salam

Apakah yg aulawiyyat utk keadaan berikut:

Seorang yg masih dlm tanggungan ibubapa dan masih belajar, tetapi mempunyai masalah utk mengawal nafsunya sehingga terganggu pelajarannya dan ibadahnya (cth: seringkali terganggu solatnya @ sukar utk khusyuk dlm solatnya). Apakah yg patut dilakukan olehnya:
1) meminta izin dgn ibubapanya utk berkahwin :p
2) bersabar dgn berpuasa (sebagai perisai) :crazy:
3) bagaimana kalau tetap juga terganggu walaupun sentiasa berpuasa?? :confused:

Adakah kahwin dlm keadaan tersebut dikategorikan sebagai "Al-Hajjiyyat"?? :o
Minta pandangan... :wassalam :grad

Re: SJ - 3026: Aulawiyyat lagi!!

:wassalam
Jawab:

Fiqh Awlawiyat ialah Fiqh Prioriti, maksudnya menggunakan akal yg waras dalam meletak keutamaan.
Nikah kahwin adalah fitrah manusia. Kahwin adalah fardhu (wajib) jika dia tidak mampu lagi mengawal dirinya dan kemungkinan dia berzina adalah amat tinggi jika tidak segera kahwin. Haram pulak kahwin jika tidak ada belanja mahar dan kos walimah serta akan menzalimi isteri kerana belum ada pendapatan. Maka hendaklah di prioritas antara Fardhu dan Haram ini, yg mana lebih utama dan yg paling besar mudharatnya. Yang rajih: anda termasuk dalam jutaan pemuda di luar sana yg belum mampu lagi. Maka sabar itu lebih baik buat kamu. WA