:salam
1. Soalan saya berbunyi begini.. Kita sedia maklum ada segolongan orang2 yg suka bertanya soalan2 yg melampau2 atau berlebih lebihan. Macam mana pendekatan kita utk org macam ni? Boleh tak ustaz jelaskan dan disertakan dalilnya?
2. Rukhsah puasa ada utk perempuan yg haid. Bagaimana pula kalau dia tetap mahu berpuasa? alasannya, zaman sekarang tak sama dgn zaman dulu kerna zaman skrg ada bnyk 'kemudahan'.
3. Benarkah pendapat yg mengatakan bahawa, jika diberikah rukhsah utk sesuatu tp kita tidak mennggunakannya akan menyebabkan kita berdosa?
JZK
:bunga
:salam
Lihat URL berikut: SJ - 2210 :BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG BUKAN-BUKAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
Perempuan tidak mempunyai rukhsoh dalam berpuasa. Tetapi dia diharamkan berpuasa. tidak ada kaitan dgn rukhsoh. Apabila dikatakan haram, maka tidak boleh dia berpuasa walaupun dari segi kesihatan dia mampu. Imam Nawawi menyebut jika dia berpuasa sekalipun, tidak sah puasanya. Dalilnya:
Drpd Abu Said al-Khudri ra, Rasulullahsaw bersabda, "Bukankah ketika ia datang haid, ia tidak sembahang dan berpuasa."[HR Bukhari dan Muslim]
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Allah berfirman yg bermaksud
"Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia itidak mengkehendaki kamu menanggun kesukaran."[2:185]
"....dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perakara agama..."[22:78]
"Allah tidka mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesukaran."[5:6]
Dalam hadis pula,
Abu Hurairah berkata bhw Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya kamu dibangkitkan dgn kesenangan dan tidak dibangkitkan dgn kesusahan."[HR Bukhari]
dab byk lagi dalil berkaitannya. Maka dari dalil2 ini, timbul satu kaedah fiqh iaitu, 'Kesukaran membawa kemudahan'
Berbalik kpd soalan sdr. dalam hal ini, terdapat rukhsoh yg diwajibkan dan ada juga rukhsoh yg tidak diwajibkan. Dgn erti kata lain, perlulah diteliti apkan rukhsoh yg dimaksudkan oleh sdr. Sebagai contoh rukhsoh yg diwajibkan ialah:
1) Memakan bangkai bagi mereka yg terdesak dan memenuhi syarat mendapatkan rukhsoh.
2) Berbuka puasa bagi mereka yg akan memudharatkan diri jika berpuasa
Contoh rukhsoh sunat ialah solat jama' dan qasar(terdapat hilaf dalama perkara ini namun pendapat yg rajih ialah sunat muakkad)
Dan byk lagi. Sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
:wassalam
Jawapan ini telah ditahqeeq dan diLULUSkan