:salam
saudara panel,
1. bagaimanakah perkiraan terhadap malam lailatul qadar itu? adakah lailatulqadar itu selepas tengah malam? atau adakah ianya bermula sejak dari matahari tenggelam sehingga waktu imsak? Adakah masa untuk beribadat utk mendapatkan pahala malam lailatul qadar itu terhad selepas tengah malam?
2) Benarkah perkara2 pelik yang dirasakan oleh seseroang itu petanda kepada berlakunya lailatul qadar itu (Byk cerita2 yg ana dengar, cth nya ketika itu dia merasa mengantuk sesangat, sampai tak larat nak bukak mata dll).
JKK
Wa'alaikumussalam Akhi Desaputra
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawabnya dengan kadar kemampuan dan kekurangan yang ada.
Persoalan mengenai Lailatul Qadr ini telah pun kami bincangkan didalam artikel yang bertajuk Lailatul Qadar : lebih utama dari 1,000 bulan (áíáÉ ÇáÞÏÑ : ÃÝÖá ãä ÃáÝ ÔåÑ ). 'Ala kullihal, kami akan cuba merumuskan persoalan yg Akhi Desaputra tanyakan dengan merujuk kepada artikel tersebut dan juga rujukan tambahan yang lain.
1. (a)Perkiraan Lailatul Qadr, Bilakah berlakunya?
Sheikh Atiyah Saqr, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa ulama'-ulama' berselisih pendapat mengenai bila waktunya Lailatul Qadr. Imam Al-Shawkani menyatakan terdapat 45 pendapat mengenai bila berlakunya Lailatul Qadr, diantara pandangan mereka adalah :-
- 10 malam terakhir Ramadhan (dari Shahih Al-Bukhaari) kerana Nabi saw menjaga Qiamnya.
- malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir
- Berlaku sepanjang tahun tersebut
- Mana-mana malam didalam bulan Ramadhan (Nailur Authar - 4)
- kebanyakkan ulama' mengatakan berlaku pd bulan Ramadhan
- pada malam 27 Ramadhan
- Nisfu Ramadhan (15) (Nailur Authar - 4)
- Awal Ramadhan (Nailur Authar - 4)
- pada 21, 23,24, 25,26 atau 29 Ramadhan. (Nailur Authar - 4)
Ulama'-Ulama' seperti Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Sheikul Islam Ibn Taimiyah (Majmu' Al-Fatawa 25/284) cenderung kepada 10 malam terakhir Ramadhan dan juga malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir.
Waktu berlakunya Lailatul Qadr sudah tentu waktu malam, sebagaimana disunatkan orang-orang Islam beriktikaf pada 10 malam terakhir. Nabi saw akan beriktikaf sehingga Al-Falah sepertimana hadith dibawah ini :
1. (b) Had dan ganjaran bagi mereka yang berqiam dimalam tersebut.
Mungkin seseorang itu tidak mendirikan Qiam Al-Lail disepertiga (1/3) malam, dan hanya bersolat Tarawikh (Qiam Ramadhan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat dimalam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhadith terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiam Ramadhan) :
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
2. Cerita pelik mengenai apa yang berlaku pada malam Al-Qadr.
Sheikh Abdul Aziz bin Baaz mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang riwayat yang menceritakan tentang bagaimana para sahabat, atau apakah yang dilihat oleh para shahabat pada Malam Al-Qadr. Walau bagaimanapun kata beliau, barangsiapa yang diberi taufiq oleh Allah swt akan melihatnya. Menurut ulama Saudi, Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid :
------
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadith-hadith Nabi saw ialah alamat-alamat dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam Al-Qadr. Berdasarkan kepada Nabi saw menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai dikalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam Al-Qadr. Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para shahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan alamat-alamat yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para shahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam Al-Qadr! Wallahu 'Alam.
wassalam
---------
Rujukan :
1. Sheikh Nasyirudin Al-Albani. Risaalah Qiam Ramadhan. Cetakan ke 6. Damsyik : Al-Maktabah Islamiyah, 1413H.
2. Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid. [="#800000" size="3"]åá ÊÑì áíáÉ ÇáÞÏÑ ÚíÇäÇ Ãí ÃäåÇ ÊÑì ÈÇáÚíä ÇáÈÔÑíÉ ÇáãÌÑÏÉ ¿ . url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=21905&dgn=4&dgn=2
3. Khairol Amin. Lailatul Qadar : lebih utama dari 1,000 bulan - [="#800000" size="3"]áíáÉ ÇáÞÏÑ : ÃÝÖá ãä ÃáÝ ÔåÑ . url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=8637&page=5&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
خيرالأمين