SJ - 3073: [G] Melakukan Persetubuhan Ketika Hampir Waktu Im

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3073: [G] Melakukan Persetubuhan Ketika Hampir Waktu Im

:salam

Apakah hukumnya berjimak ketika hampir masuk waktu imsak dan tanpa disedari sehingga masuk waktu subuh. Adakah puasa dikira batal dan dikenakan kifarat?

Minta penjelasan daripada Ustaz ahli2 panel.

JZK

Re: Melakukan Persetubuhan Ketika Hampir Waktu Imsak

:salam

Berjimak di malam Ramadhan adalah harus berdasarkan kpd firman Allah yg bermaksud:

“Dihalalkan kpd kamu pada malam hari bulan puasa melakukan persetubuhan dgn isteri kamu,….”[Al-Baqarah: 187]

Oleh itu, hukum berjimak sebelum Subuh tidaklah salah. Ttp melakukan persetubuhan ketika hampir subuh itu umpama mengundang masalah kepada diri sendiri. Krn kemungkinan terlepas waktu sptmana yg diutarakan dlm soalan di atas.

Menurut fuqaha’ asy-Syafi’I, sekiranya orang yg bersetubuh setelah masuk waktu subuh dalam keadaan beliau sedar dan tahu akan kesalahannya, maka wajib mengqada’kan puasa tersebut, membayar kaffarah dan wajar dikenakan hukuman ta’zir oleh pihak berkuasa. Di samping itu, beliau dikehendaki menahan diri sehingga tiba waktu berbuka.(Himpunan Isu2 Feqah terpilih – Ust Basri Ibrahim)

Adapun sekiranya terlupa atau tidak disengajakan, maka menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fiqhus siyam mengatakan ia tidak membatalkan puasa. Ia dimaafkan berdasarkan hadis berikut:

“Barangsiapa berbuka sehari di bulan Ramdhan kerana terlupa, maka tidak qadha’ baginya dan tidak pula kaffarat.”[HR Ibn Huzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim]

sekian. WA.

:wassalam

Re: SJ - 3073: [G] Melakukan Persetubuhan Ketika Hampir Wakt

:wassalam

Jawapan Ust G telah diTas-hihkan