:salam
Saya baru sahaja membaca jawapan panel Ahkam berkenaan hal bertukar2 gambar di Internet ni antara lelaki dan perempuan. Soalan saya, ada sebilangan mereka ni mengatakan bahawa menghantar dan bertukar2 pictures ini kena tengok pada niat. Niat mereka adalah untuk berkenalan, bukan suka, dan diberikan lagi dalil, setiap amal itu disertakan dengan niat.. Soalan saya, dalil yang mana lebih kuat or hujah mana yang lebih kukuh. Adakah dalil niat ini mengatasi dalil hadith riwayat Ali berkenaan pandangan pertama dan pandangan seterusnya itu? Mohon penjelasan dari para ustaz. Kalau ada lagi dalil yg lebih kuat, minta dijelaskan sekali. JZK
Ahkam memang best! :necoraman
NIAT YANG BAIK TIDAK DAPAT MENGHALALKAN YANG HARAM
Islam memberikan respek (penghargaan) terhadap setiap hal yang mendorong perbuatan baik, tujuan yang mulia, dan niat yang baik di dalam perundang-undangannya dan seluruh pengarahannya.
Nabi saw bersabda:
"Sesungguh-nya semua amal harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah),dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang sesuai dengan niatnya."
Dengan niat yang baik, hal-hal yang mubah dan kebiasaan-kebiasaan dapatberubah menjadi ketaatan dan taqarrub kepada Allah. Barangsiapa makan dengan niat memelihara kehidupan dan menguatkan badan, agar dapat menunaikan kewajibannya kepada Tuhannya dan kepada umatnya, maka makan dan minumnya itu bernilai ibadah dan pendekatan din kepada Allah.
Syari'at Islam sama sekali tidak mengakui prinsip :
"Tujuan menghalalkan segala cara', atau prinsip:
"Untuk dapat memperoleh sesuatu yang baik, boleh dilakukan dengan bergelimang dalam kebatilan."
Barangsiapa yang mengumpulkan harta dengan jalan riba, atau
dari sesuatu yang haram, atau permainan yang haram, judi. atau perbuatan apapun yang terlarang, untuk membangun masjid, atau membuat proyek-proyek kebaikan, dan sebagainya, maka niatnya yang baik itu tidak akan diterima dan tidak dapat menghilangkan dosa yang haram itu darinya, karena yang haram dalam Islam tidak dapat dipengaruhi oleh tujuan dan niat yang baik sekalipun.
Nabi saw bersabda (artinya):
"Barangsiapa mengumpulkan harta dari jalan haram, lalu dia menyedekahkannya, maka dia tidak mendapatkan pahala, bahkan mendapatkan dosa."
Dikutip dari terjemahan Kitab “Halal Haram” , mukadimah Hal 35 – 37 karya DR. Yusuf Qordhowi
Assalamualaikum,
Kalau benar pun haram bertukar gambar diinternet ini adalah sebagai sadduzzaraie?
Allah ta'ala berfirman: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra':32)
Adakah berdasarkan ayat di atas maka pengharaman mendekati zina itu termasuklah bertukar gambar dalam keadaan tidak terkawal? Dan takut berlakunya selepas itu pertemuan2 yg diharamkan dan ditakuti selepas itu berlakunya zina?
wassalam
Tahqeeq
:wassalam
Kemungkinan jawapan sahabat kami Ust Ibn Hamat agak kabur. Kami juga sudah lost track Jawapan Ahkam yg mana satu yg dimaksudkan.
Kami berpendapat pertukaran gambar antara remaja hari ini tidak dpat dielakkan lagi kerana revolusi komunikasi yg semakin canggih. Teknologi Digital camera pada computer, scan dan juga digital camera pada cellular phone menjadikan proses pertukaran gambar dan image ini suatu yg amat mudah.
Bagi umat Islam yg beriman dgn hari Akhir sudah tentu segala kemajuan ini tidaklah merubah cara hidup mereka. Jika anda bertanya bagi pihak remaja dan umat yg tidak beriman yg bukan saja bergaul dgn bebas, maka apalah sangat dengan menonton gambar antara satu sama lain.
Kita kembali pada hukum asal yg menjadi ciri2 budaya umat Islam, mereka tidak bebas bergaul, bebas berkomunikasi dan jika mereka perlu bertukar maklumat dan gambar, sudah tentu utk tujuan2 yg baik sahaja. Misalnya seorang lelaki yg serius utk menikahi wanita itu dan berhajat agak gambar si gadis itu utk tatapan keluarganya. Maka sudah tentu tidak mengapa. Maka kenyataan anda bahawa setiap amal disertakan dgn niat/tujuan itu ada kebenarannya. WA