SJ - 3084 : Memasukkan Ubat Ke Dalam Dubur Semasa Berpuasa

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3084 : Memasukkan Ubat Ke Dalam Dubur Semasa Berpuasa

:salam

Masalah memasukkan ubat melalui dubur juga pernah di sentuh oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, kata beliau :-

.. æåí ÇáÊí íÓÊÚãáåÇ ãä íÔßæ ÇáÅãÓÇß - ßá åÐå ÇáÃãæÑ ÃÑì ÃäåÇ áÇ ÊÝØÑ¡

"....dan termasuklah yang menggunakannya (ubat) bagi mereka yang menghadapi masalah perut tidak lawas - semua perkara saya melihat tidak membatalkan puasa"

saya dah sedikit confuse. saya baca kat url bawah ni.perkara yang membatalkan puasa 10 perkara, dan salah satunya ialah memasukkan ubat melalui lubang qubul atau dubur. Tapi Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula kata tak membatalkan puasa. Sedikit penjelasan.

Terima kasih dengan jawapan yang sebelumnya. Jadi kalau berak batu yang najisnya macam tu tak membatalkan puasa la.
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB14&Number=6509&page=1&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

SJ - 3084 : Memasukkan Ubat Ke Dalam Dubur Semasa Berpuasa

:salam

Quote:
Masalah memasukkan ubat melalui dubur juga pernah di sentuh oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, kata beliau :-

.. æåí ÇáÊí íÓÊÚãáåÇ ãä íÔßæ ÇáÅãÓÇß - ßá åÐå ÇáÃãæÑ ÃÑì ÃäåÇ áÇ ÊÝØÑ¡

"....dan termasuklah yang menggunakannya (ubat) bagi mereka yang menghadapi masalah perut tidak lawas - semua perkara saya melihat tidak membatalkan puasa"

Di atas itu adalah ijtihad syeikh Yusof al-Qaradhawi berdasarkan feqh tarjih.

Quote:
saya baca kat url bawah ni.perkara yang membatalkan puasa 10 perkara, dan salah satunya ialah memasukkan ubat melalui lubang qubul atau dubur.

Di atas pula adalah hasil ijtihad para ulama syafi'iyah yg sudah tentu berdasarkan mazhab imam al-Syafi'i.

Quote:
saya dah sedikit confuse.

Terpulang kepada saudara mahu memilih pandangan ulama yang mana, samada dari mazhab syafi'i atau dari feqh tarjih.

Itu hanya perbezaan pendapat di kalangan ulamak sebagaimana yang biasa berlaku.

:wassalam

Re: SJ - 3084 : Memasukkan Ubat Ke Dalam Dubur Semasa Berpua

:salam

Pendekar hanya melakukan EDIT pada tertib nombor SJ .Jawapan Tuan Guru kami ; Syeikh Zain ys al-Penanti sudah cukup kemas dan bernas .

:wassalam