assalamualaikum..
saya ada terbaca satu hadith yg mengtakan jika kita seorang hafiz Al-Quran maka kita dpt membebaskan beberapa ahli keluarga kita yg sepatutnya masuk neraka..saya harap ustaz dpt jelaskan tentang taraf hadith yg menyebut ttg hal ini..
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 3198 : hafaz Al-Quran - syafaat dihari Akhirat
Primary tabs
Thu, 01/01/2004 - 3:17am
#1
SJ - 3198 : hafaz Al-Quran - syafaat dihari Akhirat
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mujahid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Untuk kami mencari kesahihan sesuatu hadith, adalah baik jika sdr boleh menyertakan matan hadith tersebut terutamanya didalam bahasa arabnya. 'Ala kulli hal (walaubagaimana pun), memang terdapat beberapa hadith yang membicarakan persoalan orang yang hafiz Al-Quran akan diberi syafaat kepadanya dihari akhirat kelak. Menurut pensyarah Fiqh Muqaran (perbandingan) di Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad Taha Rayyan :
'Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya, dengan iaitu bapanya akan memakai mahkota di hari Kiamat, cahayanya lebih baik dari cahaya matahari di rumah dunia, apakah keraguan kamu dengan amalan ini?' - [Hadith riwayat Al-hakim dan Shahih; dan riwayat Abu Daud]."
Dari kenyataan Dr Ahmad Taha diatas, barangsiapa yang hafal dan mengamalkan Al-Quran didalam penghidupannya, maka Allah akan meningkatkan martabatnya dan bapanya dihari akhirat kelak. Didalam Sahih Muslim, Nabi saw bersabda :
Dan didalam hadith Nabi saw yg lain, baginda bersabda :
Kini timbul persoalan, berapakah orang yang boleh seorang yang hafiz Al-Quran memanjangkan syafaat Al-Quran itu? Contoh pertanyaan seperti hadith yang mengatakan boleh memanjangkan syafaat Al-Quran kepada 70 orang ahli keluarga, tidaklah diketahui akan kewujudan hadith tersebut. Didalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Al-Tirmudzi, Ibn Majah dan Ahmad mengenai seorang hafiz boleh memanjangkan syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya, sanadnya daif.
Persoalan berapa jumlah, cara bagaimana syafaat itu, kesemua ini adalah perkara ghaibiyat. Ia hanya boleh dijelaskan dengan wahyu semata-mata. Dr Abdullah Al-Faqih didalam membicarakan mengenai hadith syafaat Al-Quran mengatakan bahawa :
.
Kesimpulan yg boleh kita buat ialah, wujud hadith-hadith shahih yang membicarakan mengenai syafaat Al-Quran kepada para-para hafiz yang mengamalkannya. Cuma hadith-hadith shahih ini tidak membicarakan berapa jumlah yang disyafaatkan dan cara bagaimana syafaat itu berlaku, kerana ini merupakan perkara ghaib yang manusia tidak tahu melainkan yang telah diwahyukan. wallahu'alam.
wassalam
========
Rujukan :
1. Dr Ahmad Taha Rayyan. ÔÝÇÚÉ ÇáÞÑÂä áÃåáå íæã ÇáÞíÇãÉ. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=75172
2. Dr Abdullah Al-Faqih. ÃäæÇÚ ÇáÔÝÇÚÉ Ýí ÇáÂÎÑÉ. url : http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=34463
خيرالأمين