SJ - 3223 : solat jamak sebelum berangkat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3223 : solat jamak sebelum berangkat

:salam

Dari Petikan Feqhussunnah II - Menjama' Dalam Bepergian oleh Al fadhil Ust. Zain (26/12/2002);

"Dan dari Kuraib yang diterimanya dari Ibnu 'Abbas, katanya: ............. "jika selagi di rumah matahari telah tergelincir, beliau jama'lah shalat zhuhur dengan Asar sebelum berangkat ........."

Manakala dari SJ 1387 oleh Al fadhil THTL ;

"Jawab:
1. Tidak boleh solat (rukhsah) safar (baik jama' atau qasr sebelum berlalunya kampung atau mukimnya. Ini adalah ketetapan empat madzhab besar fiqih (Imam alQurthubi, aljami' li Ahkam alQur'an, jld 5/356)"

a. Maaf jika saya katakan ada sikit perbezaan kenyataan antara dua rujukan di atas. Minta penjelasan mengenai maksud hadith (atau status hadith) terutamanya pada perkataan "sebelum berangkat".

b. Jika sebenarnya tidak dibolehkan jamak sebelum berangkat (di rumah), adakah boleh jamak selepas berangkat walaupun waktu zhuhur atau maghrib telah masuk sebelum berangkat - i. jamak taqdim dan ii. jamak ta'khir.

Dah browse dan baca tapi kurang faham. Harap dapat jelaskan.

Re: solat jamak sebelum berangkat

:salam

Ia adalah khilaf, tapi khilaf yg sudah lemah dan dipatahkan. Ini kerana ia berlawanan dgn pendapat empat madzhab besar fiqih ahli sunnah wal jama'ah (Hanafi-Maliki-Syafi'iy-Hanbali). Jika sesuatu pendapat itu berlawanan dgn madzhab empat ini, ia adalah lemah sedangkan dalil dan hujah empat madzhab berdasarkan amal Nabi saw, sahabat dan tabi'in. Khilaf ini dimuatkan dalam kitab Imam Abu Abdallah alQurthubi dalam jami' li Ahkam alQur'an5/356; Ata'dan Sulaiman bin Musa.
Khilaf ini sudah dilupakan orang dan kebanyakan orang Islam sudah menganggapnya sebagai ijma' mesti keluar dari kampung untuk memenuhi maksud safar (kembara). Allahu a'alam
SJ-1208: Jamak ^ Qasar lageee..bila nak mula

Re: SJ - 3223 : solat jamak sebelum berangka

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat. Bagi menjawab soalan (b), kami paparkan fatwa Shiekh Abdul Aziz bin Baaz, kata beliau :

ÇáÐí Úáíå ÌãåæÑ Ãåá ÇáÚáã Ãä ááãÓÇÝÑ Ãä íÕáí ÕáÇÉ ÇáÓÝÑ ÅÐÇ ÝÇÑÞ ÇáÈáÏ áÃä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ßÇä áÇ íÞÕÑ Ýí ÃÓÝÇÑå ÅáÇ ÅÐÇ ÛÇÏÑ ÇáãÏíäÉ ¡ ÝíÕáí ÑßÚÊíä áÃä ÇáÚÈÑÉ ÈæÞÊ ÇáÝÚá ¡ ÝÅÐÇ ÃÐä ÇáãÄÐä ááÙåÑ Ãæ ááÚÕÑ æÎÑÌ ÇáãÓÇÝÑ æÌÇæÒ ÚÇãÑ ÇáÈáÏ ÔÑÚ áå Ãä íÞÕÑ ÇáÕáÇÉ ÇáÑÈÇÚíÉ ÝÇáÚÈÑÉ ÈæÞÊ ÇáÝÚá áÇ ÈæÞÊ ÇáÎÑæÌ ãä ÇáÈáÏ ¡ áÃäå æÞÊ ÇáÝÚá ãÓÇÝÑ .
"Jumhur ulama' berpendapat bahawa orang yg bermusafir dibenarkan bersolat musafir apabila dia melepasi batasan bandar (mukim), kerana Nabi saw tidak mengqasarkan Solat apabila bermusafir sehingga dikeluar dari bandar Madinah. Kemudian dia akan bersolat 2 rakaat (Qasar), kerana apa yang penting ialah masa sewaktu perbuatan itu dilakukan. Jika muazzin menyampai azan Zuhur atau Asar, dan orang yg bermusafir pun keluar dan kemudiannya melepasi had bandar, kemudian ia dibenarkan memendikkan solat yang mengandungi 4 rakaat. Apa yang dikira ialah waktu perbuatan itu dilakukan, dan bukan waktu dia meninggalkan bandar, kerana diwaktu tersebut dia melakukan perbuatan bermusafir." - [Majmu' Fatawa wa maqaalaat Mutanawwi'ah - 12/298].

Jika dia ingin juga melakukan solat semasa belum keluar dari had bandar tersebut, menurut Sheikh Ibn Utsaimin (Liqa’ al-Baab al-Maftooh, ms148), hendaklah ia bersolat secara penuh oleh kerana dia belum meninggalkan bandar tersebut. wallahu'alam

wassalam.

خيرالأمين