SJ - 3230: [G] Perihal imam dan bilal

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3230: [G] Perihal imam dan bilal

:salam
Q1. Apabila seorang bilal azan, adakah perlu untuk dia menjawab azannya seperti orang lain?
Q2. Apakah keutamaan membaca doa dalam bahasa Arab sedangkan makmum yang mengaminkan tidak memahami maksudnya?
Q3. Adakah sunat memaling muka ke kanan dan ke kiri ketika mengalunkan "hayya alas solah" dan "hayya alal falah"?

Re: perihal imam dan bilal

:salam

Pertama sekali kami memhon maaf krn lewat menjawab sehingga hampir sebulan soalan ini di dalam bank. Insya Allah saya akan cuba menjawabnya sekadar yg mampu.

1. Apa yg biasa dibahaskan adalah menjawab azan dan iqamah bagi yg mendengar, bukannya yg sedang melaungkannya. Namun disunatkan at-Tarji' ketika azan; iaitu org yg azan melafazkan dua kalimah syahadah dgn perlahan seblm melafazkannya secara kuat. Dalilnya:

Dari Abu Mahzurah ra yg diriwayatkan oleh Imam Muslim (hadis no 379) di mana antara lafaz hadis tersebut ialah: "Kemudian dia mengulanginya(dgn perlahan) dan berkata: "Asyhadu.........(aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah)""

2. Sila ke URL berikut utk jawapan perihal doa berjemaah.
SJ-1649: Kaifiat berdo'a (Imam)

Adapun kaedah berdoa, sila ke URL2 berikut:
SJ-2384 : Adab-adab berdoa dan waktu-waktunya
SJ - 2912: [Z] Tertib dan kaifiat doa
SJ - 3033: [G] Doa

Mengenai mengAminkan doa pula, sila ke URL berikut:
SJ - 3122 : Mengaminkan Doa Seseorang - status hadis

3. Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri adalah sunat berdasarkan hadis berikut yg bermaksud:

Dari Abu Juhaifah ra berkata, "aku melihat Bilal melaungkan azan, lalu aku perhatikan mulutnya ke sana dan ke sini isbabkan azan iaitu memalingkan mukanya ke kiri dan kekanan ketika menyebut "hayya alas solah" dan "hayya alal falah""[HR Bukhari(no. 608)

Sekian. WA.

:wassalam

Fiqh manhaji

Re: SJ - 3230: [G] Perihal imam dan bilal

:wassalam
Tas-hih

Jawapan Ust G selaras dgn piawai Fiqh alAhkam