:salam
Ustaz, baru² nie kawan ana ada bertanya satu soalan berkenaan dengan camca/sudu yg dimakan oleh orang bukan islam.Kita tidak tahu samaada orang bukan islam itu makan babi atau tidak tetapi sekiranya ia makan babi apakah hukumnya kita makan dengan menggunakan camca/sudu yg dimakan olehnya walaupun sudu itu telah dibasuh. Sekian. :wassalam
:salam
Apa yg ghaib dari kita tidak perlu di selidiki. Memadai membuat suatu basuhan kosong. Inilah Fatwa Qardhawi dalam Halal dan Haram berdasarkan kisah sahabat yg musafir dan diberi pinggan mangkuk yg digunakan untuk daging khinzir, bila diajukan kepada Nabi saw, baginda menyuruh dibasuh sekali lagi sebelum menggunakannya. berikut maksud lengkap hadis yg berkaitan.
Dari Abu Tasa'labah al-Khusyani katanya, Saya berkata, "Hai Nabi Allah! Saya tinggal di daerah Ahlul Kitab, bolehkah saya makan dengan mempergunakan piring mereka? Saya tinggal di daerah pemburuan, di mana saya berburu dengan mempergunakan panah, seekor anjing yg tidak terlatih untuk berburu dan seekor anjing lagi terlatih. Manakah yang lebih baik untuk saya?"
Rasul berkata, "Mengenai apa yang engkau sebutkan tentang Ahlul Kitab, seandainya kamu dapat memperoleh piring lain, janganlah makan di piring Ahlul kitab itu. Tetapi kalau tidak ada yang lain, cuci terlebih dahulu dan makanlah di sana............" [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Ulama' mengatakan basuhan itu memadai dgn sekali basuhan dan tidak perlu air tanah. Kalau nak hujah yg lebih baik, sila lihat Fathul Bari. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Assalamu'alaikum
JKK Ustaz Gayat diatas penerangan diatas. Didalam SJ-3170 soalan 3: kami ada menjawab berkenaan dengan bekas sudu, mangkuk dan seumpamanya yang digunakan untuk memakan khinzir. Ibn Utsaimin, bekas Mufti Arab Saudi berpendapat bahawa memadai hanya membasuh sahaja sudu tersebut tanpa mengguna tanah. Menurut beliau :-
wassalam
=============
Rujukan : SJ - 3170 : Saudara Baru - ziarah ibu-bapa semasa Krismas
خيرالأمين